Cukai GST... Kenapa makin hari Rakyat dibebankan oleh kerajaan...?
Rakyat baru saja dibebankan dengan kenaikan Harga minyak RON97 dan yang terbaru harga gula juga dinaikkan... dan kini kerajaan sedang mepertimbangkan untuk melaksanakan cukai barangan GST!... Adakah dengan pelaksanaan cukai ini kerajaan boleh mengurangkan beban rakyat yang sudah terbeban dengan peningkatan kos sara hidup selama ini? -DP
SHAH ALAM – Negara dilihat masih belum bersedia melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) memandangkan banyak perkara penting melibatkan keutamaan rakyat perlu diambil kira.
Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Ramon Navaratnam (gambar) berpendapat, sekiranya ia dilaksanakan, golongan miskin perlu diberi pengecualian atau tidak dikenakan cukai terhadap barangan yang dibeli mereka, khususnya melibatkan barangan keperluan.
“Pelaksanaannya bagus kerana kerajaan perlu melebihkan hasil bagi mengelak kekurangan pendapatan berbanding perbelanjaan diperlukan atau defisit.
“Bagaimanapun, jika pelaksanaan GST boleh naikkan hasil, ia turut memberi kesan kepada bajet defisit, dan sekiranya cukai pendapatan diturunkan, hasil daripada cukai pendapatan akan berkurangan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menegaskan, sekiranya cukai pendapatan diturunkan, hasil turut mengalami penurunan dan keadaan tidak berbeza sekiranya GST dilaksanakan.
“Lebih baik cukai pendapatan tidak dikurangkan,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin mempersoalkan mengenai keperluan negara melaksanakan GST.
“Perlu kah kita laksanakan GST? Selama ini, kita tidak laksana GST pun ekonomi negara dalam keadaan stabil. Jangan mahu ikut negara lain seperti Singapura. Negara mereka tiada cukai import, sebab itulah mereka boleh laksana GST.
“Mengenai pengurangan cukai pendapatan pula, sebelum ini kerajaan kurangkan daripada 40 kepada 28 peratus pada 2006, jadi, tidak perlulah dikurangkan lagi kerana mereka mampu bayar,” katanya.
Menurutnya pelaksanaan GST perlu diteliti lagi kerana ia melibatkan semua di negara ini tanpa mengira latar belakang ekonomi dan pendapatan mereka.
“Saya lihat pelaksanaan GST di negara ini masih tidak wajar kerana akan berlaku banyak masalah seperti kesukaran untuk melaksanakan kutipan cukai, akan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan ada yang akan mengelak daripada membayarnya.
“Bagi golongan miskin pula, mereka tidak risau kan cukai pendapatan, apa yang mereka risau ialah mereka pun perlu bayar GST,” katanya.
-SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan