Pengikut

Sabtu, 9 April 2011

Hishamuddin Elak Jawab Kenapa Datuk T Masih Bebas

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berselindung di sebalik mahkamah untuk mengelak daripada menjawab kepada gandingan Datuk T terlepas daripada tindakan undang-undang selepas menayangkan video lucah menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno dilaporkan sudah memulakan tindakan menyaman Anwar kerana mengaitkan beliau dan institusi polis dalam penayangan video lucah di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran berkata tindakan saman itu tidak akan menjelaskan kenapa polis dan Hishamuddin sendiri membiarkan penayangan video lucah berkenaan dengan sewenang-wenangan setelah tiga Datuk T sendiri mengaku mendalanginya.

Datuk T merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

" Kita kena ingat dalang kes ini ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beliau ini jelasnya adalah orang upahan Umno. Hishamuddin patut jawab itu. Apakah tindakan yang diambil terhadap individu berkenaan ?,” kata Surendran.

" Sepatutnya (Hishamuddin) kena terima kritikan dan bukannya menggunakan undang-undang untuk menyerang (Anwar). Walau bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk menemui Hishamuddin di mahkamah,’ tambah beliau.

Anwar sebelum ini membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Hishamuddin serta badan polis kerana membenarkan penayangan video berkenaan oleh tiga individu berkenaan semata-mata untuk menfitnahnya.

-tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan