"Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar," kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.
Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.
"Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.
Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.
Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.
Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.
Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.
"Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.
"Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dari HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan