Pengikut

Isnin, 21 Mac 2011

Anwar Tak perlu serah DNA

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung perbicaraan tuduhan kes liwat yang dihadapinya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau sering mengingatkan Anwar demikian kerana bimbang, DNA yang diserahkan itu sebaliknya akan dijadikan perangkap oleh pihak tertentu untuk menganiaya Anwar.

"Setakat ini, tidak ada alasan kukuh mengapa Datuk Seri Anwar perlu serahkan sampel DNA sebagaimana tuntutan oleh pihak tertentu supaya beliau berbuat demikian," katanya ketika berceramah pada prohram Himpunan Kebangkitan Rakyat Ganti UMNO kedua (PGU2) di belakang Masjid Hadhari, di sini.

Dalam pada itu, Azmin mendakwa, beliau sendiri sering difitnah, malahan isterinya, Shamsidar Taharin turut didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

“Pada 2000, anak saya yang berumur tiga tahun turut difitnah dan kami melakukan dua ujian DNA tetapi keputusannya negatif.

“Saya bawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri dan akhirnya penulis buku itu dijatuhkan hukuman penjara tetapi dia tidak sempat menerima hukuman kerana meninggal dunia,” katanya


-Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan