Pengikut

Jumaat, 14 Januari 2011

Umno bawa 'pelakon veteran' serang Anwar

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan Umno BN semakin terdesak apabila menampilkan kembali Ummi Hafilda Ali untuk menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalil yang menyifatkan Ummi sebagai 'pelakon vateran' Umno bagaimanapun yakin dia tidak akan berjaya mengheret Anwar ke penjara.

"BN semakin terdesak dengan cuba mendatangkan pelakon veteran Ummi Hafilda untuk serang Datuk Seri Anwar.

"Saya yakin lakonan Ummi Hafilda tidak akan menjadi untuk sekian kalinya," kata beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Menurutnya, tindakan menampilkan kembali Ummi ke medan fitnah ini menunjukkan Umno BN tidak yakin dengan dakwaan liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

"Bagi saya, mereka sudah tak yakin dengan budak Saiful untuk penjarakan semula Datuk Seri Anwar.

"Sekarang pelakon veteran Ummi (Gambar kiri) dibawa kembali dengan cerita yang diketawakan oleh rakyat Malaysia termasuk budak-budak tadika," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan Umno BN menggunakan serangan peribadi untuk memusnahkan Pakatan rakyat membuktikan mereka sudah kehabisan idea dan takut untuk berdepan isu nasional yang melibatkan rakyat.

"Kalaulah agenda menyerang peribadi dalam Pakatan nampaknya ke depan , itulah tanda BN sudah kehabisan modal.

"Maknanya BN sudah sangat celaru dan tidak berani berdepan dengan isu nasional yang lebih penting," katanya.

Beliau turut mempersoal tindakan Ummi yang menunggu sehingga sepuluh tahun sebelum menampilkan 'bukti baru' mendakwa penglibatan Anwar dalam skandal seks.

"Lucunya Ummi dah tunggu sepuluh tahun baru dedah bukti baru, nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Semalam, Ummi dalam sidang medianya nekad akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.

Ummi sebelum ini juga merupakan saksi utama dalam kes perbicaraan liwat membabitkan Anwar pada tahun 1998.



-Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan