Hari ini kita akan mendengar satu intonasi baru iaitu Seratus Ribu Satu Malam... lihat berita di bawah dan klik untuk besarkan jika perlu:

Apa-apahal, sila baca dulu blog abang gua Di sini sebagai menghormati sumber ilham...
Berapa kampung boleh makan kenduri untuk satu malam, kalau disediakan bajet RM100 Ribu?? Kalau kat Pulau Pinang, boleh bagi RM100 untuk 1000 warga emas untuk tempoh setahun, tetapi dihabiskan dalam satu malam... Cuba fikir, berapa cikgu boleh dibayar untuk tusyen percuma dalam satu malam kalau ada peruntukkan tusyen percuma sejumlah RM100 ribu??
Adakah perbelanjaan yang sebegini besar ditransaksikan melalui F.L.O.M ??
Ini baru cerita satu malam!! Belum lagi kita masuk fasal peruntukkan untuk sebuah Bahagian yang dikhaskan untuk Wanita Pertama Negara iaitu FLOM. Aku serious memang tak boleh agak, berapa banyak duit rakyat yang akan dihabiskan oleh Bahagian FLOM yang tidak sepatutnya wujud !!
(Sumber Berita SelatanOnline)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan