ORANG Melayu lembut, pemaaf dan mudah lupa. Apakah penyakit ini menggambarkan akan kelemahan genetik Melayu? Orang Melayu lekas marah, tetapi lekas sejuk. Orang Melayu macam tahi ayam monel.
Dua tiga hari lepas orang Melayu ramai-ramai angkat sepanduk (tenguk gambar sebelah) marahkan orang Cina yang minta supaya azan di sebuah surau atau masjid diperlahankan. Mereka keluar ramai-ramai tunjuk perasaan. Kalau baca apa yang ditulis di sepanduk atau manila kad, kecut perut sampai leper macam papan. Bukan main lagi garang dan bengisnya orang Melayu.
Dikatakan orang Cina yang membuat permintaan itu sebagai kurang ajar. Sebagai pengkhianat. Dan Cina itu juga diberi ingatan supaya tidak melampau, jangan cabar Islam. Ditulis di manila kad kononnya negeri ini negeri Melayu. Saya rasa Cina itu pun tahu juga negeri ini negeri siapa?
Melihat kepada gelagat Melayu itu macamlah Cina itu tidak akan tinggal lagi di negara ini. Dia akan keluar dan mengungsi di mana-mana negara. Tidak katakan kepada Cina itu, saya sendiri pun takut menyaksikan gelagat sekumpulan Melayu bersongkok mereng itu.
Tetapi orang Melayu marahnya seketika saja. Rajuknya sekerat hati saja. Hatinya akan sejuk jadi macam peti sejuk bila diberikan segelas sirap atau serbat Arab. Marah orang Melayu yang keras macam kayu akan jadi macam tapai ubi kayu basi. Wehhhh...
Hari ini bila orang Cina itu dibawa oleh seorang menteri berjumpa dengan orang Melayu dan Cina itu memohon maaf orang Melayu pun memaafkannya. Imam sendiri yang memaafkan, yang kata isu sudah selesai? Sebab sikap orang Melayu seperti itulah menyebabkan orang politik tidak kisah, boleh jadikan pengundi macam lembu. Hari ini orang Melayu boleh mengeluarkan kata-kata yang berapi-api esok dia boleh memuji, walaupun apa yang dijilat itu najis sendiri.
Sesiapa pun tidak mahu bergaduh dalam hal-hal yang remeh temeh. Tetapi orang Melayu janganlah lekas menyentak. Kalau kita tahu marah kita tidak ke mana dan kita boleh dipujuk usahlah tunjuk lagak awal-awal lagi. Lebih baik diam daripada mempamerkan muka berani walhal kita pengecut.
Ini bukan kali pertama orang Melayu jadi layu begitu. Sebelum ini ada anak Cina lempar cat ke dalam masjid di Melaka. Mulanya bukan main lagi orang Melayu bingkas macam Hang Tuan dan Hang Jebat yang dogenagnya itu. Ooiiii... bukan main lagi. Alih-alih bila anak Cina yang lempar cat itu mohon maaf, marah orang Melayu pun ranap dan jadi debu macam bara api kena simbah air. Sebab itu orang Melayu tidak hairan kalau ada orang kafir heret anak dara mereka.
Apakah boleh disimpulkan Melayu yang angkat sepanduk, yang melaung takbir Allahuakbar di kampung Kerinchi beberapa hari lalu adalah Melayu yang menjadi watak dalam sandiwara? Mereka sebenarnya diupah untuk menunjukkan orang Melayu tinggi semangat tolenrasaninya. Mereka diajar buat-buat marah kemudian untuk menakutkan orang Cina. Begitukah? Puihiiii...
Lagi sekali duhai orang Melayu, usahlah bersikap bodoh macam lembu Makkah. Kalau kita penakut, tunjukkan yang kita penakut. Kalau kita lemah dan bertolanrasi tunjukkan kita ada semangat tolanransi yang tinggi. Jangan pula kita jadi macam kacang hijau dalam kawah syura. Mulanya kita keras melenting lepas tu bila dikacau dan diunggul api kita lembik kemudian hancur.
Kerana sikap demikianlah menyebabkan akan berlaku lagi apa yang tidak perlu kita tenguk itu. Orang Cina, India dan lain-lainnya berani mempermainkan Melayu kerana Melayu tidak ada prinsip dalam mempertahankan hak dan agamnya. Itu sebabnya. Seperkara lagi Melayu hanya berani tunjuk belang sesama sendiri saja...
Yang lebih afdal bagi orang Melayu ialah berpijak di bumi nyata. Jangan mengaku bumi ini hak Melayu kalau kaki orang lain juga tetap terpancang di sini. Sebaik-baiknya jangan berpura-pura dalam hidup. Hiduplah dengan seadanya. Kalau tidak lebih banyak bidalan dan perumpamaan terhadap Melayu akan direka dan menjelma.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan