Pengikut

Sabtu, 27 November 2010

Umno 'Terpaksa Berubah' Kerana Rakyat Bangkit Bersuara

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution berkata Umno terpaksa mengubah dasar mereka kerana rakyat telah berani bersuara menentang ketidakadilan dan pentadbiran mereka.

Menurut Saifuddin, Umno terpaksa melakukan perubahan kerana gentar dengan idealisme PKR sehingga terdesak melakukan perubahan untuk memenangi hati rakyat kembali.

"Najib takkan umumkan perubahan seperti akta gaji minima, tolak kenaikan tol...dan melakukan 'affirmative action based on needs not based on race," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Saifuddin menjelaskan bagaimana polisi UMNO yang kononnya menjulang kedaulatan melayu mula berubah seperti pengumuman dan dolak-dalik Najib bagi MEB yang turut dikritik NGO Melayu seperti Perkasa dan lain-lain.

Mengulas mengenai pelbagai aduan, protes serta dakwaan media arus perdana terhadap Pemilihan 2010, Saifuddin yakin bahawa PKR kini melalui satu fasa yang akan memperkuatkan lagi parti pada masa akan datang.

Fasa Pertama menurutnya adalah ketika Keadilan mula ditubuhkan sebagai Parti pada Mac 1999, di mana pendapat popular ialah parti itu akan berpecah selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara ketika itu.

Fasa kedua pula adalah pada tahun 2003 ketika mahu bergabung dengan parti Rakyat Malaysia bagi membentuk PKR dan mereka dituduh akan berpecah kerana perbezaan ideologi.

Fasa ketiga pula adalah menghadapi Pilihan Raya Umum ke 12 dan penubuhan Pakatan Rakyat.

"Mana mungkin Parti yang dikatakan 'Anwar centric dapat 1.5 juta Undi dan berjaya membantu menawan 5 negeri," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan