Pengikut

Sabtu, 27 November 2010

Kongres PKR 2010 : Terus Bersatu Tumbangkan Umno-BN

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula hari ini dengan komitmen daripada pemimpin-pemimpin yang menang dan kalah untuk terus bersatu memantapkan perjuangan parti bagi menamatkan era pemerintahan rasuah Umno-Barisan Nasional.

Shamsul lskandar Md Akin mengekalkan jawatan ketua angkatan muda keadilan dan terus menghulurkan tangan persahabatan kepada pesaingnya, Badrul Hisham Shaharin.

Walaupun mempertikaikan aspek tertentu mengenai ketelusan sistem pemilihan itu, Badrul berkata beliau akan terus bersama pejuang-pejuang lain dalam AMK dan parti untuk memastikan kejayaan PKR dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Dalam ucapan dasar tadi, yang dibangkitkan adalah bukannya kita mempertikaikan proses pemilihan ini, tetapi bagaimana kita mahu tangani masalah-masalah yang telah kita kenalpasti. Langkah yang bakal diambil akan memperkukuhkan parti di masa hadapan," jawab Shamsul.

"Saya yakin tiada masalah untuk bergabung tenaga (bersama Badrul Hisham Shaharin), kerana masing-masing ada cita-cita untuk memastikan berlakunya perubahan kerajaan," tegas beliau.

Sementara itu, Badrul Hisham dalam reaksinya akan terus bersama menentang kezaliman dan penindasan.

"Siapa yang berkongsi misi untuk menentang kezaliman dan penindasan, maka dia adalah rakan seperjuangan saya," kata Badrul.

"Kita tidak pernah terfikir untuk bersama mereka yang mendokong kezaliman dan penindasan. Pendirian kita adalah menegakkan kebenaran di mana sahaja berlakunya penindasan," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan