Pengikut

Ahad, 14 November 2010

Luar Negara: Junta Tentera Myanmar Bebaskan Aung San Suu Kyi

Kerajaan junta tentera Myanmar membebaskan ketua pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi selepas tahanan di rumah dikenakan terhadap beliau tamat semalam.

Menurut laporan akhbar Washington Post, beribu-ribu penyokong setianya berkumpul di rumahnya selepas pengumuman tersebut.

Suu Kyi tampil di khalayak ramai dengan memakai pakaian tradisional dan bunga di atas kepalanya, muncul di hadapan pagar rumahnya sambil penyokong menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.

Dalam ucapan sulungnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong setianya sambil berkata mereka akan berjumpa lagi di ibupejabat parti politiknya, Ahad ini.

Suu Kyi, 65 tahun, pemenang hadiah Nobel bagi Keamanan, mengakhiri tempoh tahanannya selama 7 setengah tahun dan menjadi simbol perjuangan demokrasi di negara rantau Asia Tenggara yang diperintah tentera sejak tahun 1962.

Pembebasan daripada tahanan rumah merupakan salah satu tokoh politik dunia yang ditahan selepas Pilihan Raya Umum negara itu minggu lalu yang menyaksikan proksi parti politik tentera dan menjadi kecaman negara Barat sebagai palsu yang direka untuk mengekalkan kawalan
pihak autokratik.

Suu Kyi telah dipenjarakan atau telah diletakkan di bawah tahanan rumah lebih daripada 15 tahun

Dalam proses pembebasannya, polis anti rusuhan dilihat meninggalkan kawasan rumah beliau dan kawat berduri berhampiran kediamannya dialihkan bagi membolehkan penyokong bergerak ke hadapan.

Sementara itu, dalam kenyataan segera dari pelbagai kumpulan aktivis seluruh negara, dan Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata pembebasan tersebut sememangnya ditunggu-tunggu.

"Aung San Suu Kyi merupakan sumber inspirasi kepada sesiapa yang percaya kepada kebebasan bersuara, sistem demokrasi dan hak asasi manusia," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, para pengkritik mendakwa pilihanraya yang diadakan pada 7 November lepas telah dimanipulasi bagi memberikan kemenangan kepada parti yang pro-tentera.

Keputusan telah diumumkan sedikit demi sedikit itu menunjukkan kesatuan junta yang disokong Parti Solidariti dan Pembangunan menang dengan majoriti di kedua-dua majlis Parlimen.

Pilihan raya terakhir pada tahun 1990 yang dimenangi oleh Suu Kyi iaitu Liga Kebangsaan bagi Demokrasi, tetapi pihak tentera enggan untuk
menyerahkan kuasa sebaliknya menahan parti politik lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan