Pengikut

Jumaat, 26 November 2010

Khir Toyo Tersingkir?

Datuk Seri Dr Khir Toyo dijangka tidak lagi memegang tampuk Umno Selangor selepas desas desus hebat kedengaran mengenai penyusunan semula Badan Perhubungan Umno Negeri itu yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Bakal pengganti jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor dikatakan jatuh ke tangan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar yang dilihat lebih 'aktif' dan 'menonjol' menentang Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Infomasi ini terbit di sebuah laman blog pro-Umno yang dilihat hampir dengan kepemimpinan Umno negeri dan sering dipetik oleh akhbar arus perdana.

Mengikut laman blog parpukari.blogspot.com itu, Jawatan Timbalan Pengerusi bakal diisi oleh ADUN Kuang Abdul Shukor Idrus yang ketika ini menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Lebih mengejutkan, Senator yang baru dilantik, Ezam Mohammad Nor dikatakan bakal menjawat jawatan Ketua Penerangan.

Laporan Malaysiakini menyatakan hal itu kini dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno Oktober lalu mengumumkan untuk membuat perubahan kepemimpinan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perubahan itu diumumkan berikutan beberapa teguran yang ditimbulkan oleh para perwakilan dalam perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun tiada pula penjelasan mengenai kedudukan Khir, yang merupakan Menteri Besar Selangor sebelum ini menggantikan Datuk Abu Hassan Omar pada 2004 sebelum Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan