Pengikut

Isnin, 1 November 2010

Ada Pihak Tak Faham Demokrasi Bantah Pertemuan Hillary Clinton Dengan Anwar

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami prose demokrasi yang sebenar.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singn, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tadi.

Bernama melaporkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang berpendapat tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Oposisi.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan denga Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan