Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

Sistem Baru Berjaya Suburkan Amalan Demokrasi

Percubaan PKR dengan sistem baru ini amatlah menarik bagi menyuburkan amalan demokrasi. Persoalannya, apakah ia praktikal dibuat pada masa ini? Sedangkan jentera petugas pemilihan parti dilihat tidak mencukupi untuk mengawasinya.

Apapun, PKR dilihat berani mencuba dan sanggup berhadapan dengan risiko besar sebenarnya. Risiko pertama yang berlaku sudah pun dilalui. Kekecohan akibat berbagai masalah yang terjadi semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan Pemilihan parti diperingkat cabang baru-baru ini.

Masalah timbul akibat, kurangnya persediaan parti untuk melaksanakan sistem baru itu. Ramai pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perlaksanaannya. Namun begitu, ia harus dilihat dari sudut yang positifi kerana secara keseluruhannya sistem itu berjaya membendung berbagai masalah lain yang berlaku selama ini.

Memang benar ada sesetengah cabang yang bermasalah, tetapi jumlahnya agak kecil dan tidak menggambarkan kegagalan sistem tersebut secara keseluruhannya. Kini semua mata tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti yang dijadualkan berlangsung November ini. Kerusi panas yang dinantikan sudah pasti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Angkatan Muda (AMK).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan