Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sebab tu, sebelum buat sesuatu tindakan, kena fikir masak-masak dulu dan kita jangan terlalu percaya sangat pada satu-satu pihak atau orang.100% berbaik sangka is no good, mesti ada sedikit rasa buruk sangka atau waspada. Itu, untuk jaga kepentingan dan kebajikan diri kita.
Inilah yang berlaku di Sabah. Tokoh veteran yang dulunya USNO dan kini UMNO iaitu Datuk Karim Ghani telah bertindak keluar UMNO kerana kecewa dengan Hishamuddin Hussein selaku 'kepala' KDN yang enggan meluluskan permohonan untuk menghidupkan semula USNO.
USNO yang telah dibubarkan, kini mahu dihidupkan semula kerana rata-rata rakyat Sabah kecewa kerana UMNO gagal membela nasib rakyat Sabah secara keseluruhannya. Malah, mereka yang dulunya bekas USNO banyak yang dipinggirkan. Apabila rasa terpinggir dan tak dibela.... mulalah rasa menyesal.
Well Datuk, itulah UMNO. UMNO ni sebenarnya 'jahat'. Banyak 'syaitan' dalam UMNO. Mereka ini golongan yang tamak dan haloba serta mementingkan diri. Once dia dapat power, dia takkan mahu lepaskan. Para pemimpinnya pula ego-ego dan besar-besar kepala belaka. Malah .... banyak yang suka tunjuk dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri mereka.
'Wang' Tuhan mereka. Mereka guna kuasa mereka untuk kaut seberapa banyak kekayaan daripada hasil bumi negara. Kalau di Sabah... hasil bumi Sabahlah!! Untuk tujuan itu.... kepala siapa pun mereka akan pijak dan mereka juga boleh pinggirkan sesiapa yang mereka lihat sebagai penghalang. Tambahan pulak, mereka dapat backing daripada para pemimpin UMNO daripada Semenanjung.
Para pemimpin UMNO di Semenanjung, hanya berminat dengan Sabah untuk dijadikan fix deposit mereka dalam pilihan raya. Sebenarnya, UMNO sudah semakin tak laku di Semenanjung. Kalau tak ada support daripada Sabah dan Sarawak.... sudah lama mereka mampus dan terkubur. Lantas, mereka bawa UMNO ke Sabah untuk dijadikan talian hayat mereka.
Untuk terus mendapatkan support daripada para pemimpin Sabah, UMNO pusat tutup mata saja, pada segala kepincangan dan perangai buruk para pemimpin UMNO Sabah. Mereka dibiarkan bermaharaja lela. Yang rugi... rakyat Sabah. Sabah kaya dengan hasil mahsul buminya tetapi yang jadi kaya raya ialah para pemimpinnya. Kebanyakan rakyat Sabah, terutama di kawasan pedalaman, masih miskin. In fact, Sabah menjadi salah satu negeri termiskin di Malaysia. Ironis, kan??
Itulah padah, sekiranya UMNO memerintah. Semua akan jadi tonggang terbalik.
Sebab tu... satu cara nak tolong rakyat Sabah, UMNO mesti dibunuh. Aha... tamatkan riwayat penguasaan UMNO di Sabah. Caranya mudah. Tolak para pemimpin berlabel UMNO di Sabah dalam PRU13 nanti. Apabila mereka semua dah 'mampus' kecundang, baru padan muka mereka!! Masukkan mereka dalam keranda dan tanam dalam-dalam... dalam satu liang lahat.
Sebab tu, buat masa ini, lancarkan satu kempen agar rakyat Sabah berpakat dan bekerjasama menolak UMNO. Pilih mana-mana parti politik selain UMNO dan tamatkan riwayat mereka dalam PRU13 nanti. Lepas mereka dah terkubur nanti, pandai-pandai kamu orang buat deal pulak dengan pemerintah yang baru untuk kebaikan semua rakyat Sabah.
Rakyat Sabah jangan mudah terpedaya dengan tipu helah UMNO/BN. Mereka mesti buka mata dan bersama-sama dengan rakyat Semenanjung untuk memulakan gelombang tsunami bagi melenyapkan penguasaan politik UMNO/BN. UMNO mampus... negara sejahtera. UMNO mampus... Sabah juga pasti sejahtera.
Oleh itu, mari kita berganding tangan.... Sabah dan Semenanjung untuk sama-sama menamatkan riwayat UMNO/BN dan kita bina Malaysia Baru yang lebih sejahtera.
Rakyat Sarawak nak ikut serta?? Aha.. boleh saja. Ayuh...
Dari RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan