DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa.
Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan.
Pua menambah,"Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antara cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal.
Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu “untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam
Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”
“Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan,” kata Pua.
p/s : Sudah Terang Lagi Bersuluh...Kah3..pemuda Umno
perlu letak kepala kau orang dalam tong taikk untuk cover balikk..kuah3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan