Pemilihan PKR 2010 menarik perhatian banyak pihak. Bukan sahaja kerana ia lebih demokratik melalui pemilihan terus dari akar umbi iaitu satu ahli satu undi, tetapi juga peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ia dilaksanakan.
Ini termasuklah cara berkempen, cara berpolitiking, kejadian semasa proses pemilihan dijalankan dan macam-macam lagi. Banyak yang tersebar. Banyak yang terdedah. Banyak pulak persepsi dan spekulasi yang sedang diperkatakan.
Banyak yang berpendapat, semuanya itu merupakan satu proses pematangan yang dilalui oleh PKR. Apa tah lagi sistem baru ini adalah yang pertama kalinya diadakan oleh parti-parti siyasah di Malaysia. Sebelum ini... tiada. Semua berpendapat, ini baik untuk menyuburkan dan memeriahkan demokrasi dalam usaha untuk mengembalikan semula kuasa rakyat melalui akar umbi.
But... sesuatu yang baru itu, pasti ada kekurangannya. Tak bolehlah terus-terus perfect. Dan.. sebenarnya, reformasi cara pemilihan yang diperkenalkan oleh PKR ini, menggusarkan banyak pihak, terutama yang kononnya mendokong amalan demokrasi tetapi amalan yang mengikut acuan sendiri yang bertujuan untk menguntungkan diri. Ha.. ha... demokrasi yang dah basi!!
Cara ini dilihat lebih adil. Akar umbi, tak kira dalam parti politik mana sekali pun, mula bukak mata. Mereka tahu sistem baru yang diguna pakai oleh PKR ini, banyak kebaikannya kerana sebagai akar umbi, mereka diberikan hak untuk menentukan siapa pemimpin mereka. At last mereka rasa diri mereka... suara mereka, can make a diffenrence dalam menentukan hala tuju kepimpinan parti .
Ini juga dapat mengurangkan gejala membodek para pemimpin atasan dan hopefully... secara beransur-ansur gejala patronage politics dapat dihapuskan. Yes... now yang para pemimpin di semua peringkat, kena jaga orang bawah. Kena rajin turun padang. Kena rajin tunjuk muka. Kena rajin berbudi dengan ikhlas. No more hypocrisy!! Sebab... kuasa yang ada pada orang bawahlah, yang akan menentukan jatuh bangunnya kamu sebagai pemimpin.
Kekecohan yang berlaku semasa MATC PKR tidak seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana. Sebenarnya yang terlibat hanyalah segelintir cabang. Ini juga mungkin kerana ada pihak-pihak dalaman dan juga luaran yang berasa kedudukan mereka terancam dengan pengenalan sistem baru ini. Lantas, sebagai satu cara mengagalkan sistem ini, ialah dengan memberi persepsi negatif terhadapnya. Aha... palitkan ia dengan gejala ganas serta pelbagai gambaran buruk.
Satu tindakan pihak yang tidak matang dalam berpolitik, tetapi.... insyaAllah, ia akan mematangkan PKR.
Ada juga andaian yang kononnya, pihak luar terlibat sama dalam misi memburuk-memburuk sistem ini. Ini mungkin ada kebenarannya kerana parti lawan seperti UMNO, pasti 'sengal perut' dengan cara pemilihan sebegini. Para pemimpin akan menjadi less powerful terutama dalam usaha untuk mewujudkan kroni-kroni mereka di dalam parti. Tanpa kroni-kroni dan sokongan daripada mereka.... habislah harapan malaun-malaun yang bergelar pemimpin dalam UMNO untuk sentiasa duduk selesa di atas kerusi empuk mereka.
Lantas.... kalau boleh, mereka tidak mahu akar umbi mereka terpengaruh dan menuntut satu sistem pemilihan yang kini diguna pakai oleh PKR!! Bahaya untuk kelansungan kedudukan mereka sebagai pemimpin!! Ini satu alasan yang cukup kukuh untuk mengarahkan trojan horse mereka di dalam PKR untuk membuat kacau.
Oleh itu.... PKR mesti peka serta mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan segala kekurangan dan kelemahan yang berlaku kali ini dapat diperbetulkan dan tidak akan berulang di masa akan datang.
Sesuatu yang baik mesti diteruskan.... Kuasa rakyat mesti dimartabatkan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan