Pengikut

Sabtu, 4 September 2010

Tersingkir awal di akedemi.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?' Yes, certainly the Help of Allah is near!"

*surah Al-Baqarah [ 2:214 ]

Sedar tak sedar kita telah berada di penghujung ramadhan..penghujung sebuah tamrin agung yg disediakan Allah bagi melatih jiwa setiap manusia yg bergelar muslim,mukmin,
Apatah lagi bagi orang-orang yang didahulukan kefahaman Islam kepada mereka yang digalaskan dibahu mereka tanggungjawab untuk terus meninggikan kalimah Allah.

Sejauh manakah ukuran prestasi kita di dalam “Akademi” agung ini?
Sudah tercapaikah kita taqwa yg dijanjikan Allah? Atau adakah kita calon-calon yang tersingkir awal daripada akademi ini? Dan cuba kita renung-renung sejenak kita tanya diri kita dalam keadaan yang Allah janjikan syaitan dibelenggu ini adakah perbezaan didalam hati,jiwa dan tindakan kita?

Apapun sahabat-sahabat sekalian selagi kita masih diberi peluang dan ruang di penghujung ramadhan ini bersamalah kita memaksimakan sisa-sisa ramadhan yang ada moga kita terus istiqamah dalam ketaatan kepadaNya dan moga kita terus istiqamah dalam memperjuangkan kalimah Allah..

Ingatlah “ Tapisan ” Allah akan sentiasa berlaku jangan kita biarkan ujian dan dugaan,mehnah dan tribulasi,jatuh dan bangun dalam kehidupan menyebabkan kita lari dari redha dan rahmat Allah mengakibatkan kita tersingkir daripadd golongan-golongan yang Allah janjikan syurga buat mereka.

Seperti mana peringatan yang Allah rakamkan dalam “Tragedi Uhud” didalam surah Ali-Imran dimana salah satu hikmah tragedi yang amat mendukacitakan Rasulullah tersebut adalah Allah ingin mengasingkan golongan mukmin dan munafiq dikalangan mereka sedangkan mereka semua adalah golongan-golongan yang sama-sama pernah berjuang dan mengecap kemenangan bersama Nabi didalam Badar Al-Kubra

Apapun jua semoga ramadhan ini menjadi satu pemangkin bagi kita untuk merasai kelazatan iman dan taqwa kepada Allah,menjadi satu batu loncatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam ketaatan kepadaNya.
Menjadi satu anjakan paradigma pada hati dan jiwa kita untuk terus bersama memperjuangkan Islam..

Biarlah takbir kita dipagi syawal yang bakal menyinsing adalah satu takbir kemenangan dalam erti kata yang sebenar satu paluan agung setelah kita berjaya bermujahadah dari mungkar dan dosa.
Satu laungan bermakna setelah kita berjaya merintih sebuah keampunan dan mengecap secebis nikmat agung yang Allah ingin berikan kepada hambaNya dengan satu hamparan rahmat di satu bulan tarbiyah yang penuh barakah.
Moga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang Insya’allah

Wallahualam.

Dan dikesempatan ini ingin saya merakamkan jutaan ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan,kelemahan serta kekurangan selama ini.
SaLaM Eid-Fitri buat semua

Hidup di atas dunia Allah ini memang takkan lepas dari ujian. Dalam ujian yang kita sadar atau tidak. Dalam ujian kesenangan atau kesusahan. Itu lah hakikat kehidupan. Ujian adalah merupakan tapisan Allah, sebelum kita benar-benar diiktiraf sebagai hambaNya yang bertaqwa. Moga-moga dengan rahmat Allah, kita lulus sehingga ke tapisan yang terakhir.

Moga-moga dengan rahmat Allah juga, kita dapat merasai nikmat syurga, dan dijauhkan dari siksaan neraka.

Benarlah kata suatu nasyid itu."syurga menagih ujian, sedang neraka dipagari oleh nikmat".

Di balik nikmat-nikmat dunia yang dikejar itu ada api neraka. “na'uzubiLlah”.
Oleh sebab itu, benarlah dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir. Sesungguhnya, cita-cita mukmin itu jauh, sehingga ke akhirat sana.
Apalah nilainya kesenangan yang sedikit di dunia ini, jika di akhirat sana kita tak dapat menikmatinya.

Biarlah kita miskin harta, tetapi tidak miskin jiwa. Kerana orang yang kaya jiwanya dengan taqwa kepada Allah sudah pasti mendapat tempat yang mulia di sisi ALlah.

Teorinya mudah Teman-teman, tapi biasa lah praktiknya memerlukan lebih dari seribu satu pengorbanan! Sama-sama usaha insya’Allah. Dan sama-sama berdoa agar Allah memberi rahmat kepada kita, hambaNya yang sudah pasti sangat dhaif.

Finally..
hayati sebuah lagu yang menunjukkan perbezaan ramadhan kita dan para sahabat ridhwanullahi ajmai'n..



RaMadHaN 2 ZaMaN..

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang..
Mukmin berjasa Di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman..


Mereka gembira kerana kedatanganmu..
Kami gembira dgn pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur


Mereka berlumba mengejar markrifah
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa resah


Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang..
Mukmin berjasa Di awal zaman
Ramadhan kami Malang terbunag
Muslim berdosa di akhir zaman


Takbir mereka takbir kemenangan hadiah mujahadah sebulan ramadhan...
Takbir kami lesu tak bermaya tanda kalah lemah tak berdaya...


akhir kalam.. ampun maaf dipinta atas segala kata dan atas sgala2nya...



salam mujahid pencari syahid...
AmirDarkJustice / Dperbatasan


wassalam wbt...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan