Pengikut

Sabtu, 26 Jun 2010

Yang Membuatkan Aku Berfikir


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buatkan aku berfikir...Dengan apa? Dan untuk apa?

Terlalu kerap kita melihat hiburan itu ialah untuk berhibur. Sekerap itu jugalah kita ditipu dan dipermainkan oleh hiburan.Terlalu banyak ragam hiburan, sukan, muzik, filem, majalah, dan juga bahan bacaan membanjiri segenap ruang hidup sehingga memaksa saya bertanya berkali-kali,"berhibur untuk apa?"

Hiburan dalam islam salah satunya ialah nasyid. Saya meminati nasyid kerana ia membuatkan saya berfikir! Bagaimana nasyid boleh membuat seseorang berfikir? Senikatanya! Iramanya mungkin simple, slow, tetapi menusuk ke kalbu. Irama atau lagu menghampiri hati dan mengetuknya lalu memeluk erat hati tersebut. !Irama dan lagu,apabila ia dipisahkan maka akan matilah perasaan,akan gagallah senikata untuk sampai kepada hati dan hanya berdengung dibibir telinga. Percayalah,dakwah yang paling berkesan ialah dakwah yang menyentuh hati dan memaksa insan untuk berfikir.

Sebelum menulis apa-apa,sering saya bertanya kepada diri sendiri,bagaimana cara terbaik untuk membuatkan insan berfikir? Inilah tugas penulis. Tidak hanya memikirkan tentang panglipur lara, jenaka kosong, atau kisah-kisah yang tiada apa-apa kepentingan untuk ditulis. Apabila al-quran dibuka,kita biasa menemui ayat-ayat yang diakhiri dengan "bagi kaum yang berfikir"atau"supaya kamu berfikir".

Seorang Ustz pernah dalam laman webnya berkata

Menulis bukan untuk memberiTAHU, tetapi ingin menyuntik MAHU, agar dapat berusaha mencapai MAMPU!

MAHU apa? Mampu untuk apa? Mahu untuk berfikir,dan mampu untuk faham dan bertindak? Mungkin!

Seandainya kita menyedari,islam mengajar kepada penganutnya,berhibur bukan hanya untuk merawat masalah hati. Islam mengajar berhibur juga boleh menyuntik perasaan mahu berfikir! Jika bangsa arab menjadikan syair itu sebagai hiburan dan alat media,maka datangnya islam telah melahirkan penyair-penyair yang mampu membuat insan berfikir akan kebesaran Allah swt,kebenaran agamanya,kehidupan yang sementara dan perjuangan.
Dalam mukashafah al qulub(penenang jiwa) karya imam al-ghazali,terdapat banyak syair-syair yang ditulis yang membawa insan untuk berfikir. Antaranya ialah


Demi umurku
Pemuja dunia akhirnya aku menyesal jua
Bila dunia pergi dia merasai rugi
Bila dunia datang, keinginan terus meninggi

Ibnu Bisam berkata:
Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh,tapi dirindukan.

Syair karya Mus'ar bin Kaddam ini sering diperdengarkan oleh Umar bin abdul Aziz
Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia
Siang kau tidur dan malas
Malam pun kau tidur dan hina
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan
persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan
demikianlah kehidupan haiwan-haiwan


Sukar untuk dinafikan,dakwah sememangnya memerlukan kudrat yang cukup kuat untuk membuatkan insan berfikir. Dan untuk seseorang berfikir,dakwah perlu sampai kepada hatinya! Kerana itulah,bahan dakwah samada penulisan, tayangan, ceramah, dan sebagainya perlulah diselitkan unsur emosi supaya ia mampu menyentuh hati.

Saya tertarik setiap kali pergi ke panggung wayang. Penonton biasanya akan pay 100% attention kepada cerita. Sampaikan kalau filem itu terlalu menarik,sanggup untuk tidak ke tandas. Tidakkah orang-orang dakwah sedar potensi ini? Atau juga orang seni yang ingin berdakwah,ambillah kesempatan ini untuk menyampaikan mesej islam dan ketuhanan.

Seringkali juga saya berbincang dengan sahabat-sahabat tentang perkara ini,ramai yang bersungguh-sungguh untuk terjun ke bidang tertentu diatas nama dakwah. Ada yang bersungguh mempelajari animasi, programming, dan sebagainya diatas nama dakwah. Paling kurang untuk menyumbang sedikit sebanyak usaha dan keringat untuk mengembalikan semula kegemilangan islam. Banyaklah idea-idea menarik seperti membuat islamic animation, islamic movie, drama dan sebagainya. Tidak kurang ada yang teruja untuk membuat permainan komputer yang menyemai semangat berjihad! Pentas dakwah ini terlalu luas dan bukan terhad kepada mereka yang berstatus ustaz sahaja.

Jika pentas hiburan mampu diselitkan kedalamnya unsur dakwah yang mampu menyentuh hati dan membuat insan berfikir,itulah bentuk hiburan yang terbaik. Mungkihkah ianya terlalu berisiko? Mungkin...berisiko jika tidak kena gayanya.

Paling tidak pun saya ada altenatif disini. Menulis. Sejauh mana ia mampu menyentuh hati dan memujuk pembaca untuk berfikir,serahkahlah pada Allah swt.

Renungkan kata-kata ini :

Hati ibarat tanah, dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

-AmirDarkJustice

Tiada ulasan:

Catat Ulasan