Pengikut

Selasa, 10 Ogos 2010

Berita Keadilan Dedah Subsidi RM40 Bilion Untuk Kroni

Edisi kelima tidak berkala akhbar rasmi KEADILAN bertajuk 'Berita Keadilan' kini berada di pasaran dan diedarkan ke seluruh negara mulai hari ini.

Akhbar ini menyusul selepas empat terbitan tidak berkala oleh Angkatan Muda KEADILAN - Keadilan, Obor Keadilan, Sinar Keadilan dan Utusan Keadilan.

Siri tidak berkala ini bagi mengganti lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya sejak 30 Jun lalu apabila tempoh sahlakunya tamat.

Sehingga kini Kementerian Dalam Negeri mengambil sikap membisu termasuk Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung sama ada pihak kementerian akan memperbaharuinya atau terus menggantung.

Berita Keadilan memaparkan "Subsidi RM40 Bilion Untuk Kroni" sebagai tajuk utama yang menghiasi dada akhbar tersebut.

Artikel tersebut membawa pendedahan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional memberi subsidi berjumlah RM40 bilion setahun kepada syarikat kroni sementara subsidi kepada rakyat hanya RM1.2 bilion.

Turut mendapt ruang di muka depan akhbar itu ialah isu dakwaan penyelewengan dan kepincangan dalam pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang turut mengalami nasib yang sama seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Muka depan juga merujuk kepada kenyataan tokoh veteran Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyelar sikap pemimpin Umno yang mengamalkan sikap suka menipu, songlap wang rakyat sehingga menjadi teras budaya politik parti itu.

Di muka muka Berita Keadilan pula dipaparkan pendapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti mengejut tatkala rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan dan subsidi yang dipotong tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang dilihat pincang apabila Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif didakwa menjalinkan hubungan romantis dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di bahagian tengah berita bergambar dimuatkan gambar keganasan polis sekitar perhimpunan aman anti ISA dan nyalaan lilin sempena 50 akta zalim itu di Padang Timur, Petaling Jaya 1 Ogos lalu.

Liputan bergambar juga menyelitkan majlis pelancaran Pakatan Rakyat Batu Pahat dan ceramah perdana di Taman Ehsan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
Akhbar 24 mukasurat itu dijual pada harga RM2 senaskah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan