Pengikut

Jumaat, 14 Mei 2010

Aktiviti judi tetap haram

Perjudian yang diberi lesen dan perjudian yang tidak mendapat lesen, kedua-duanya haram di sisi Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurutnya, aktiviti perjudian itu tidak seharusnya diberi lesen oleh mana-mana pihak kerana aktiviti tersebut jelas haram di sisi agama Islam.

Jika kita tetap mengeluarkan lesen untuk aktiviti perjudian, ia seolah-olah menampakkan kita menghalalkan judi yang sememangnya haram di sisi agama. Ia tidak seharusnya berlaku kerana semua masyarakat tahu bahawa judi itu haram,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran laporan berkenaan Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi telah meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Ia menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Harussani berkata, pemberian lesen judi itu secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai masyarakat berjudi dan ini akan mengundang amalan negatif dalam masyarakat ketagih judi yang sanggup melakukan apa saja bagi memenuhi tabiat itu.




p/s: 1 Malaya Semuanya Boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan