Sebelum ni, PERKASA, sekutu rapat parti perkauman (Umno) menggertak dan mendesak supaya MCA dan GERAKAN memohon maaf kerana menggelarkan mereka NGO rasis dan perkauman..diberinya tempoh terhadap kedua parti Cina itu memintaa maaf sebelum apa2 tindakan diambil...habis sekalian alam terutama juak2 Umno peringkat bawahan terlompat bangga dan terharu atas sifat kejantanan yg ditunjukkan PERKASA..Namun sungguh menjelek dan memalukan...kedua2 parti masyarakat Cina itu langsung tidak tersentak sedikit pun, malah mereka masih dengan pendirian tegas bahawa NGO itu adalah rasis dan ekstrim, dan ucapan Mahathir yg menyokong NGO itu adalah jijik!...selepas tamat tempoh yg diberikan itu, langsung tiada tindakan yg diambil terhadap kedua parti Cina itu seperti yg dilakukan terhadap parti pembangkang..yang mereka berani, hanyalah meyerahkan sebuah buku berkaitan perlembagaan negara kepada MCA dan Gerakan secara percuma sebagai 'pengajaran'...
Kali ini, mewakili Umno, tidak semana-mena Datuk Noh Omar telah 'berlutut' memohon maaf kepada parti masyarkat Cina (dlm BN) kerana didakwa mengeluarkan ucapan menyinggung perasaaan masyarkat Cina..tiada ribut, tiada hujan, tetapi Umno tiba2 melemahkan lututnya berlutut kepada parti Cina kerana merasakan kenyataan mereka adalah 'rasis' dan menyinggung perasaan sekutu mereka..
Penyokong gerombolan yang faham isu 'maaf-memaaf' ini pasti akan menghina Noh Omar seperti mana kecaman dan herdikan mereka kpd pemimpin2 mereka terdahulu yang dilihat kerap memohon maaf kepada Cina (salah Umno juga, tebal semangat kebangsaan melampau) seperti Hishamuddin sehingga menggelarkan pemimpin mereka itu sebagai pemimpin pondan...penyokong gerombolan pasti bersetuju dgn tulisan penulis kali ini..:)
Penulis juga bersetuju dengan komentar oleh blogger Wfauzudin dlm mengulas isu ini, boleh baca di sini "TUNTUT PEMIMPIN CINA MINTA MAAF, TAPI PEMIMPIN UMNO YANG MELUTUT DULU"..
wallahua'lam..
Oleh: Pria Malaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan