Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

Aku Lah Firaun Agung

"Bertuah badan kata orang , bukan mudah untuk mendapat peluang mengikuti rombongan PM ke luar negeri , Washington pulak tu , lebih bertuah kalau dapat naik satu flight dengan Najib , dan lebih beruntung lagi dalam satu kapalterbang dengan Zahrain dan Najib dengan jet eksekutif kerajaan Global Express Bombadier yang katanya berharga USD40,000,376.00

Kata zulkifli nordin sebelum keluar PKR tempoh hari , tujuan beliau mempertahankan hujah akan bertahan dalam parti adalah bertujuan untuk menghadapi ‘firaun – firaun kecil’.

Selepas beliau keluar hingga kini nampaknya ‘firaun – firaun kecil’ yang beliau maksudkan tidak juga muncul. Yang muncul hanyalah ‘Little Napoleon’ mengikut MP Wangsa Maju iaitu MP Batu

Akhirnya hingga sekarang ini , nampaknya imej najib sudah berjaya dibersihkan oleh zulkifli nordin bersama – sama zahrain. Zulkilfi nordin sudah berjaya mengangkat diri nya sebagai pusat rujukan. Semua orang – orang UMNO patut berterima kasih kepadanya kerana berjaya membersihkan Presiden nya dari disabitkan dengan isu – isu Altantuya dan seumpamanya.

Orang – orang UMNO sudah mula memujanya sekarang ingni. Diusung dan diheretnya beliau dan zahrain ke sana ke mari. Hamparan permaidani merah dibentangkan. Pendek kata ianya sudah diangkat sebagai ‘Firaun Agung’ oleh penganut – penganut UMNO. Semacam ‘Tuhan’ pulak beliau kini , sepertimana firaun di zaman Nabi Musa dulu mengaku dirinya “Tuhan”.

Kalau lah kini beliau sebagai ‘Firaun Agung’ , adakah mungkin dulu semasa dalam PKR beliau adalah ‘firaun kecil ‘ dan bersama zahrain , samsuri dan Tan mereka ini adalah ;firaun – firaun kecil’ yang dimaksudkan nya. ?

Terkini : Bertuah badan kata orang , bukan mudah untuk mendapat peluang mengikuti rombongan PM ke luar negeri , Washington pulak tu , lebih bertuah kalau dapat naik satu flight dengan Najib , dan lebih beruntung lagi dalam satu kapalterbang dengan Zahrain dan Najib dengan jet eksekutif kerajaan Global Express Bombadier yang katanya berharga USD40,000,376.00

Huh bertuah kau zul !!!


Oleh: ulitmayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan