Pengikut

Ahad, 18 April 2010

Azmin cabar UMNO kemukakan bukti

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali mencabar UMNO membuktikan dakwaan calon yang dikemukakan, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai tabiat buruk termasuk suka minum arak.

Selain itu, Azmin turut membidas dakwaan sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menuduh beliau mempunyai hubungan yang dingin dengan Zaid.

“Kalau ada bukti, buktikan, apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada akhlak yang tidak baik, adakah pemimpin-pemimpin UMNO ada perangai baik sahaja?” katanya ketika ditemui media di Kompleks Serba Guna Sukan di sini, tempat berlangsungnya penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Azmin turut mempersoalkan mengapa baru sekarang pemimpin-pemimpin hendak mempersoalkan sikap dan perangai Zaid sedangkan beliau sudah lama berada lama parti UMNO.

Menjelaskan hubungan dengan Zaid yang didakwa tidak baik, Azmin tidak menafikan beliau mempunyai perbezaan pendapat dalam banyak isu tetapi pendirian itu sentiasa dinyatakan dalam mesyuarat PKR.

Menjawab soalan beliau tidak hadir pada majlis pengumuman calon PR di Serendah Selasa lalu, Azmin memberitahu, ia tidak harus dianggap beliau tidak bersetuju dengan pemilihan Zaid sebagai calon.

“Saya secara kebetulan kena berada di Shah Alam kerana sidang Dewan Undangan Negeri dilanjutkan sehingga malam, sebagai pengerusi kelab penyokong kerajaan saya kena berada di Dewan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan