Pengikut

Selasa, 23 Februari 2010

Pakatan bidas hukuman sebat 3 wanita Islam

Pakatan Rakyat (PR) membidas pelaksanaan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam yang didapati bersalah terlibat dalam seks haram, dengan mendakwa Mahkamah Syariah tidak menghormati undang-undang syariah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata insiden 9 Feb lalu, yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Rabu lalu, “memalukan” umat Islam kerana ia tidak mengikut undang-undang Islam.

Ini kerana Mahkamah Syariah masih terikat dengan undang-undang yang menghalang mereka daripada melaksanakan undang-undang ini dengan kaedah yang betul,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat sekretariat PR di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata adalah penting untuk mengetahui bagaimana undang-undang itu dilaksanakan.

Adakah ia secara sukarela atau tidak? Dalam keadaan bagaimana mereka ditangkap? Adakah ia kerana tindakan mereka sendiri (kesalahan itu berlaku)? Terdapat banyak aspek. Ia bukan satu perkara yang berlaku secara kebetulan (untuk merotan sebagai satu hukuman),” katanya.

Beliau mendakwa Barisan Nasional menggunakan hukuman sebatan ini untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Islam “yang mereka sendiri tidak faham konsep undang-undang Islam.”

Bersetuju dengan beliau, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kes qazaf yang dikemukakannya di Mahkamah Tinggi Syariah terhadap bekas pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Jika mereka serius tentang perkara ini (menggunakan undang-undang syariah) jadi mengapa menteri yang bertanggungjawab kepada agama dan Jawi cuba untuk membuang kes saya dengan cepat?” kata penasihat PKR ini.

Minggu lalu mahkamah menetapkan 10 Mac ini untuk mendengar permohonan bantahan awal oleh tiga responden dalam kes itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan