Pengikut

Isnin, 18 Januari 2010

Pro-M Menang Besar di UMT

Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) telah berjaya memenangi 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Jurucakap Pro-M yang menghubungi Buletinonline melalui SMS jam 7.49 petang semalam berkata, musuhnya, kumpulan Akasia hanya memenangi satu kerusi sahaja.

(Gambar – calon-calon Pro-M yang menang, Duduk dari kanan : Khairillah, Zhafri, Firdaus, Fatin Fatma, Athifah, Qairunnisak. Berdiri dari kanan : Sufian, Ang Syh Han, Solleh, Syukriah, Asma, Rafidah)

Oleh yang demikian, katanya, kumpulan Pro-M akan membentuk cabinet baju Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT dengan kadar segera.

”Insyallah, Pro-M akan bermesyuarat untuk membentuk kabinet baru secepat mungkin, doakan segalanya berjalan dengan mudah dan tersusun,”katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa/wi UMT kerana memberikan kepercayaan kepada pihak Pro-M memenangi pilihanaraya pada kali ini.

Katanya dengan kemenangan itu, ia akan menjadi menjadi titik tolak dan lojakan kemenangan Pro-M di kampus-kampus lain seluruh Negara kerana menurutnya UMT adalah antara dua IPTA yang terawal mengadakan pilihanraya kampus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan