Khalid Samad yang suka berhujah dan hujahnya pula sering jadi kontroversi disebabkan yang mendengarnya pula tak pandai nak berhujah yang mereka pandai hanyalah pijak kepala lembu dan juga pijak gambar Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Dilaporkan pula yang geng pijak kepala lembu adalah orang yang sama pijak gambar Khalid Samad. Dulu geng pijak kepala lembu tak puas hati dengan Khalid Samad dengan isu pindah kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23,Shah Alam. Sekarang mereka juga tak puas hati penjelasan Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah.
Mereka tak pandai nak berhujah macam Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah jadi bila dengar daripada hujung-hujung telinga kata kalimah Allah boleh digunakan oleh orang selain agama Islam mereka terus pijak-pijak gambar Khalid kerana samaada benci dekat Khalid Samad atau terlampau benci dekat orang bukan Islam lalu gambar Khalid dijadikan mangsa.Kali ini demo Kalimah Allah disertai Jais dan Mais dan geng pijak gambar khalid.Mereka 'bersatu hati' demi Kalimah Allah.
Bila ada dalam banyak-banyak orang yang berdemo tu sebut 'Bakar Gereja'! masing-masing pakat tak mengaku orang yang kata tu daripada kelompok masing-masing. Ada yang kata tak kenal pun orang yang bernama 'Suhaimi Shafie' pada hal mereka sama -sama demo di Masjid Negeri Shah Alam jumaat lepas.Mungkin takut kena ISA tu yang pakat tak mengaku. Menteri yang bagi amaran nak ISA tu pula buat 'gempaq' tu yang pakat tak ngaku.
Mereka 'bersemangat' pijak gambar Khalid Samad dalam Isu nak pertahan Kalimah Allah.Kalau ditanya kepada mereka geng pijak gambar Khalid tu -"Allah yang mana satu kamu nak pertahan? Adakah kamu kenal Allah?". Agak-agak muka yang bukan kaki masjid tu boleh jawab ke tidak? Macam juga orang tanya kita - "Hang solat ni kerana apa? Kerana Allah atau kerana nak masuk Syurga?"
Lapor Malaysiakini;
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.
Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).
Khalid berkata, sekiranya pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Khalid turut membidas pemimpin BN yang menurutnya mengamalkan 'double standard' dengan membenarkan protes tersebut, dengan syarat pesertanya berada dalam halaman masjid.
Beliau menyifatkannya sebagai amat ganjil kerana sewaktu demonstari diadakan terhadap 'tiga katak' di Ipoh, pemimpin BN berkata 'ini bukan budaya kita'.
"Jadi mengapa ia kini menjadi budaya kita sekarang," soalnya.
Khalid merujuk kepada demonstrasi yang diadakan di Ipoh Februari lalu ketika tiga ADUN dari PKR dan DAP mengisytihar menjadi wakil rakyat Bebas, sehingga mencetuskan krisis perlembagaan di Perak.
Mengenai pendiriannya dalam isu 'Allah', Khalid berkata beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -misaimerah
Ulasan GreenBoc:
Ramai juga yang menanya Saya mengenai isu Allah dan sikap Khalid Samad. Kalau GB sebagai Khalid, Saya tak hairan dipijak gambar, kerana manusia yang memijak itu bukan sahaja berani pijak gambar, hukum Allah juga dah lama dipijak oleh mereka.
Yang kita lihat UMNO menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal politik untuk dia bangkit semula di era 1 Malaysia yang memperdayakan itu. Tetapi malangnya isu itu menjadi senjata yang makan tuan.
Tapi anehnya, terdapat ramai juga pemimpin dan ahli PAS (terutama dari kelompok perpaduang) yang menyokong tuntutan agar kalimah Allah hanya untuk Islam. Walaupun PAS telah membuat keputusan secara mesyuwarah bahawa merujuk kepada kadah ajaran agama yang sebenar, penggunaan kalimah Allah itu dibolehkan untuk penganut agama samawi. Hanya sanya perlaksanaannya perlukan pemantauan agar ianya tidak disalahgunakan.
Presiden PAS telah memberi amaran keras untuk mengambil tindakan bagi mereka yang menyertai demo dan menentang keputusan jemaah. Rujuk di sini. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil ke atas mereka yang menentang keputusan mesyuawarah itu.
Di antara pemimpin-pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan keputusan jemaah serta mengelirukan ahli-ahli PAS serta umat Islam ialah:
1) Kenyataan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa
2) Kenyataan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din
3) Kenyataan Ketua Penerangan, Idris Ahmad
4) Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali
5) Kenyataan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man
Masyarakat Melayu-Islam di dalam negara ini terhimpit dan terkongkong dengan pemahaman sempit mereka terhadap agama lain, malah welstanchaung mereka terhadap penganut agama lain juga begitu buruk sehingga memandang rendah kepada kumpulan orang yang menganuti agama selain Islam, dan mereka tidak pula berusaha untuk mempergiatkan dan mempertingkatkan usaha dakwah Islamiah agar Islam itu difahami dan diterima.
Persoalan "kalimah Allah" ini mudah difahami jika kita kembali kepada "hakikat" (kebenaran) bukan sekadar "syariat" (syiar).
Hakikatnya, hanya sanya kita ini dilahirkan dari rahim seorang ibu yang beragama Islam. Maka bermatian-matianlah kita pertahankan kalimah Allah.
Saya ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang menentang kalimah Allah itu digunakan oleh bukan Islam, dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, bagaimanakah agaknya sikap anda hari ini? Apakah pandangan anda sewaktu anda dihina dan ditentang oleh orang Islam dengan cara yang ada pada hari ini?
Saya ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang menentang kalimah Allah itu digunakan oleh bukan Islam, dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, apakah anda-anda tidak akan menyentuh makanan yang diharamkan Islam seperti babi, arak dan sebagainya? Silap gaya andalah orang yang paling banyak melahap babi dan paling ke depan di dalam tokong menyembah berhala!
Dan anda bernasib baik kerana dilahirkan seorang Islam. Maka itu bersyukurlah dan jangan memandang rendah penganut agama lain pula. Anda yang akan dipertanggungjawabkan jika anda tidak menyampaikan dakwah kepada mereka.
Itu sebab mengapa Islam mengajar kita untuk tidak "menghina" penganut agama lain. Tidak menghina ugama lain, tidak menghina "tuhan-tuhan" agama lain. Lihat ayat-ayat ini:
(2:148) Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadaNya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(10:99) Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?
(49:11) Hai orang-orang yg beriman, janganlah sekumpulan org laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah org2 yg zalim.
(6:107) Dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak memperkutukan(Nya). Dan Kami tidak menjadikan kamu pemelihara bagi mereka; dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka.
(6:108) Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kpd Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(16:125) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dgn cara yg baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yg lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang2 yang mendapat petunjuk.
(16:127) Bersabarlah (hai Muhammad) & tiadalah kesabaranmu itu melainkan dgn pertolongan Allah & janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.
(17:44) Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dgn memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
Seterusnya ada yang menyerang Hakim Lau Bee Lan kerana keputusannya untuk membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dengan menyatakan bahawa Hakim berkenaan ialah seorang penganut Kristian yang aktif. Jika benar demikian maka itu adalah lebih baik kerana seorang penganut Kristian yang aktif daripada penganut Kristian yang tidk aktif. Allah sendiri menyatakan
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri. (QS. 5:82)
Ada yang beralasan, bahawa penggunaan kalimah Allah nanti akan menyebabkan tersebar luasnya ugama Kristian di kalangan umat Islam.
Bagi Saya, penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian sepatutnya menggerakkan lagi umat Islam yang kini lalai untuk mengtauhidkan Allah supaya sentisa mendalami ugama dan sentiasa bertaqarrub kepada Allah supaya kita mampu untuk menjelaskan konsep Tuhan yang sebenar - THE ULTIMATE - Yang Mempunyai Kebesaran Dan Keagungan - Zal Jalali wal-Iqram kerana umat islam di dalam negara ini "telah lama meninggalkan Tuhannya" sehingga tiada lagi kebenaran dan keadilan di dalam negara ini sekalipun diperintah oleh umat Islam sendiri. Yang menentang penggunaan kalimah Allah itu tak lain ialah si pemalas yang ingin mendalami agamanya dan berdakwah untuk agamanya.
Bukankah cabaran itu satu peluang? Bukankah cabaran Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di dalam apa juga media termasuk terjemahan biblenya itu adalah satu peluang keemasan untuk kita menyampaikan kebenaran dan menerangkan konsep ketuhanan yang telah disalahfaham oleh mereka? Dan diskusi keagamaan untuk menetapkan THE ULTIMATE akan menjadi lebih baik dan teruja yang akan mempertajamkan intelektualisme umat Islam sendiri yang kini semakin layu dan longlai mengenai konsep ketuhanan Allah itu sendiri?
Dan akhirkata
“Sibghah (pewarnaan) Allah, dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah?
Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan