Pengikut

Khamis, 21 Januari 2010

Kerajaan Tidak Taja F1 Team??

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

Kerajaan tidak mengeluarkan wang rakyat walaupun sesen untuk projek ini. Kerajaan hanya memberi sokongan dan mengalu-alukan projek swasta sebegini.

Perbelanjaannya adalah dari syarikat swasta yang terlibat atas pertimbangan komersial syarikat masing- masing. Ini tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebabkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahmad Shabery berkata, dakwaan pembangkang itu tidak berasas sama sekali, sebaliknya perbelanjaan syarikat swasta untuk projek Pasukan 1Malaysia F1 Team juga tidak mencecah RM1 bilion.

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun ini. Projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.


ADUHAI....

YB Shabery...

Kami rakyat bukan bodoh macam zaman Chedet... tolong jangan memperbodohkan rakyat yang dah advance macam kami - pasca Mac 2008! Atau rakyat pasca-paklah....

Memanglah antara syarikat yang menyumbang ialah Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car... Nak tanya menteri nie, adakah sumbangan mereka ini secara percuma??? betul ke shabery???

Nanti bila syarikat-syarikat Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car nak bayar cukai, ada tak pelepasan cukai atas sebab - memberi sumbangan / sponsor ???

Kami rakyat bijak, takkan undi Barisan 'penyangak' Nasional...

hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan