Pengikut

Sabtu, 19 Disember 2009

Mendoakan Keburukan Orang lain dibenarkan

Dalam Wacana Perdana di KBTC baru2 ini,exco agama pemuda UMNO, Mohd Afendi yusoff dengan angkuhnya membidas doa Tuan Guru Nik Aziz. Beliau buat-buat tunjuk pandai dalam agama dengan mencabar Pas membawa bukti dibolehkan mendoakan bala kepada orang lain.

"Ambo cabar Pas bawok mari tunjuk,bukti Islam benar kito doa bala kat ore.tok kiro bawok kitab besar,kitab kecik,"katanya berapi-api.

Cabaran beliau itu disambut oleh seorang lagi ahli panel,Dr.Mohd Asri bin Zainal Abidin,bekas mufti Perlis dengan membawa kitab hadis Muslim. Diriwayatkan bahawa seorang sahabat nabi,Said bin Zaid (sepuluh yang dijamin masuk syurga) telah berlaku pertikaian antara beliau dengan seorang perempuan yahudi yang mendakwa Said mengambil tanahnya.

Said yang telah difitnah dan teraniaya telah berdoa,"ya Allah,kalau wanita ini berbohong,butakan matanya!"Dan,benar!Perempuan tersebut akhirnya mati dalam keadaan buta.Sepanjang sebelum kematiannya, wanita tersebut sering mengeluh,"sesungguhnya aku terkena bala Said bin Zaid!"

Dan setelah mendengar penjelasan Dr.Asri tersebut,muka Ustaz Afendi terus berubah dan terdiam.Apa yang pasti Ustaz Fendi dihentam teruk pada malam itu sehinggakan Ustaz Nakhaei (yg juga UMNO) menyokong Kelantan diberikan royalti.

Moral of the story:Ustaz2 UMNO ni ilmu kurang tapi autanya lebih.Nak lawan pulak Dr.Asri dan Ustaz Nik Amar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan