Pengikut
Selasa, 22 Mei 2012
Ikuti kisah 4 artis ini mula bertudung
Selasa, 6 Mac 2012
Rakaman Ceramah Ustz Azhar Idrus – Story Of JKKK
Ahad, 4 Mac 2012
Rakaman Kuliah Ustz Azhar Idrus – Mami Tanjung Mengumpat
Jumaat, 2 Mac 2012
Rakaman Kuliah Ustz Azhar Idrus - Kucing Hitam Lompat Mayat
Khamis, 1 Mac 2012
Rakaman Kuliah Ustz Azhar Idrus - Menantu Moden
Jumaat, 29 April 2011
Islam Itu Sumpah Sahajakah ?
"Sekularisme yang menjalar dalam kehidupan umat Islam di Malaysia nampaknya berjaya mengheret orang Melayu jauh meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Ramai yang sudah tidak ambil peduli lagi dengan hukum-hakam Islam. Di samping itu, ada yang terus menolaknya. Nasib malang menimpa Islam di Malaysia. Lihat sahaja apa-apa yang berlaku dalam kes video lucah. Mufti-mufti sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mendedahkan aib seseorang itu dosa besar.
Apa yang berlaku? Ada pihak yang muat turun video itu di Youtube. Banyaklah yang menyalinnya ke blog. Surat khabar pun siar juga. Tv pun ikut sama. Benda itu menjadi seolah-olah halal ditonton. Yang turut menonton ialah remaja dan kanak-kanak. Kita mengajar mereka menonton bahan lucah.
Isnin, 21 Mac 2011
Hukum Allah Dipersenda
Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz’s Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Rabu, 9 Februari 2011
Buang Sambutan Valentine Day, Hayati perjuangan Rasulullah
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) selaku badan mahasiswa yang sentiasa menggerakkan isu-isu kemahasiswaan ingin mengajak seluruh mahasiswa, pemuda-pemudi dan umat Islam sekalian untuk tidak membudayakan sambutan Valentine Day.Presiden Karisma, Khairul Fadhli Ismail berkata, mahasiswa sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan sambutan itu bahkan perlu turun padang memberikan penerangan kepada masyarakat tentang fakta-fakta yang sebenar.
Menurutnya, 14 Februari menjadi tarikh keramat buat pemuda-pemudi tidak kurang juga yang sudah bergelar suami mahupun isteri untuk meraikan dek publisiti dan promosi yang menguntumkan kemanisan.
Katanya, fakta menunjukkah salah satu kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahanan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine.
Lalu 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim.
“Bukankah dengan menyambutnya kita sendiri menghina agama kita yang suci?
“Kejinya jika begitu, lagi parah jika mahasiswa yang merupakan golongan intelektual turut terjebak dalam kehinaan ini,” ujarnya dalam kenyataan.
Tambahnya, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada umat Islam sehingga mengikuti agama mereka membuktikan serangan dan doktrin itu akan berterusan.
Malah, ujarnya racun-racun hedonisme sudah berjaya menembusi umat Islam dan akibatnya turut menyebabkan kepada gejala sosial, percampuran lelaki perempuan, zina, pembuangan bayi dan lain-lainnya.
Tambahnya lagi, tanggal 14 Februari dicanang sehingga dijadikan kemestian untuk disambut dan diraikan menjerumuskan anak-anak muda ke jurang kebinasaan.
Jelasnya, seperti yang semua sedia maklum, antara sejarah lain menyebut sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine setiap 14 Februari sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.
Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau sebagai seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi agama kristian.
Walau apapun sejarahnya, tegasnya tetap tiada kepentingan dan bukan ciri-ciri orang beriman mencontohi budaya negatif orang musyrik.
“Malah dengan kehadiran Hari Maulidurrasul yang disambut di negara kita pada 15 Februari (12 Rabiul Awal) adalah jauh lebih bagus kita bersama-sama menghayati pengorbanan junjungan besar Rasulullah s.a.w serta para sahabat dalam mengubah ketamadunan dunia yang memberikan kemanisan sehingga ke detik ini.
“Malah keimanan kepada Nabi ini merupakan antara teras sebagai Muslim,” ujarnya.
Justeru, katanya Karisma juga mengambil inisiatif kesedaran dengan mengadakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), pengedaran risalah, task force, perkhemahan dan sebagainya sebagai alternatif aktiviti bermanfaat kepada mahasiswa dan remaja pada tarikh-tarikh sebegitu.
Malah, ujarnya Karisma juga bersedia untuk membantu dan keterhadapan bersama mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan IIKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) dan lain-lain dalam menganjurkan program-program kesedaran Islamik dan bercorak motivasi.
“Maka marilah sama-sama kita buang istilah valentine ini daripada memori setiap daripada kita dan kita lebihkan penghayatan kepada perjuangan dan misi agung menegakkan Islam yang diwariskan oleh insan agung Muhammad bin Abdullah s.a.w. Nabi dan Rasul yang terakhir,” ujarnya.
Jumaat, 12 November 2010
Dosa-Dosa Yang Kita sengajakan...
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)
"Hai anak-cucu Adam! Jangan sampai kamu dapat diperdayakan oleh syaitan, sebagaimana mereka telah dapat mengeluarkan kedua orang tuamu (Adam dan Hawa) dari syurga, mereka dapat menanggalkan pakaian kedua orang tuamu itu supaya kelihatan kedua auratnya." (al-A'raf: 27)
IBU BAPA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI SOAL JAWAB ALLAH SWT,DI PADANG MAHSYAR KELAK, JIKA KITA MELAKUKAN MAKSIAT DI DUNIA.
........................remember you're accountable.
D'PERBATASAN
Isnin, 11 Oktober 2010
Untung, Undi BN dapat Saham

sengaja saya post klip video Ustaz Azhar Idrus.. untuk sama-sama kita fikirkan terutama pengundi-pengundi di DUN GALAS nanti!
Sabtu, 9 Oktober 2010
Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain...adakah mereka lupa akan diri..!!!!
Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatuyang tidak pelik.Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?

Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?"
Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani
A'Dperbatasan
Khamis, 7 Oktober 2010
Perangai Wanita Akhir Zaman
Isnin, 4 Oktober 2010
RUJUKAN KHUSUS UNTUK MELAYU ISLAM YANG JAHIL DI P.PINANG
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu,
Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
KESIMPULAN
* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Sekian Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Isnin, 27 September 2010
Wang bantuan hasil judi tidak haram
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.
“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.
Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.
Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.
“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya.
Selasa, 31 Ogos 2010
Rujuk keputusan Majlis Fatwa: Jakim
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 memutuskan bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat izin pengurusan masjid dan menjaga tingkah laku serta tidak mencemarkan kesucian masjid. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, keputusan muzakarah yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu wajar dijadikan garis panduan pihak berkuasa agama negeri dalam usaha mengelakkan kekeliruan.
Bagaimanapun, orang bukan Islam dilarang berdoa dan bertafakur mengikut cara agama mereka atau dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah di masjid atau surau.
“Keputusan muzakarah amat jelas. Masalah perbezaan pendapat (berkenaan bukan Islam boleh atau tidak memasuki masjid) ini tidak berlaku di luar negara.
“Di Malaysia, fikiran dicemari sentimen politik kepartian. Ia menyebabkan kita lupa kepada prinsip asas agama Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Di samping menjadikan keputusan muzakarah sebagai panduan, Wan Mohamad menasihatkan jawatankuasa masjid dan surau terus membuat rujukan kepada majlis agama negeri masing-masing.
Menurutnya, ini kerana majlis agama juga mempunyai garis panduan yang telah pun ditetapkan.
“Sebelum membenarkan sebarang majlis dijalankan di masjid, jawatankuasa perlu rujuk kepada majlis agama supaya tidak berlaku apa-apa masalah.
“Kita juga menggalakkan jawatankuasa menyediakan pakaian menutup aurat kepada pengunjung masjid dan surau seperti kain penutup kepala untuk wanita,” katanya.
Pada 22 Ogos lalu, Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda, Kajang yang memberikan ucapan dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada surau tersebut mencetuskan kontroversi.
Dua hari selepas itu, Ahli Parlimen Selayang,dari Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen pula dilaporkan memasuki ruang solat Masjid Al-Taqwa Selayang Baru untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil tujuh masjid dan 27 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.
Rabu, 25 Ogos 2010
Karpal dan Kit Siang Bersama UMNO Menentang Hukum Hudud !!
Pertama sekali ingin dijelaskan di sini bahawa saya bukan orang yang ahli untuk membicarakan soal hukum hakam agama. Tetapi terpanggil untuk bertanya, apakah hukum hudud akan dilaksanakan sejurus selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara di sebalik undang-undang sekular yang dituntut oleh segelintir pemimpin pakatan?Itu adalah ceritanya yang sedikit sebanyak menimbulkan ombak komplikasi di arena meja bulat di antara PAS dan DAP. Perlu di ingat, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam Pakatan Rakyat. Hudud adalah perkaranya.
Namun apa yang pasti ialah sejak kita merdeka, tidak sedikit pun usaha untuk melaksanakan hukum hudud diketengahkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti melayu UMNO. Mereka hanya berani mencabar parti Islam PAS melaksanakan hudud di Kelantan sedang mereka tahu hanya dengan menguasai kerajaan pusat sahaja membolehkan hukum hudud dilaksanakan secara efektif.
Mereka(UMNO) mengumpan supaya hudud itu disebut oleh kepimpinan PAS, kemudian mereka mencari Karpal Singh supaya kenyataan bercanggah dapat dihasilkan. Itu kerja mereka. Bukankah lebih baik mereka sendiri yang mencadangkan hukum hudud, daripada menentangnya dengan meneruskan legasi undang-undang penjajah?
Saya percaya sekiranya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah pada PRU akan datang, perkara pertama yang akan dibangkitkan oleh UMNO ialah perlaksanaan hukum hudud. Ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memporak-perandakan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan dari reformasi rakyat. Ingin saya tegaskan, peluang yang diperolehi UMNO selama 50 tahun sebagai majoriti pemerintahan beragama islam, tidak langsung digunakan bagi mendekati hukum ciptaan Allah, tetapi hanya menggunakan undang-undang ciptaan orang kafir malah, menyalahgunakan undang-undang tersebut demi kepentingan mereka!
Saudara dan saudari sekalian, samada kepimpinan UMNO itu sedar atau tidak, bahawa mereka juga mengaku menganut ugama Islam yang menuntut hukum hudud dilaksanakan ke atas umat Islam. Seraya mereka memberi alasan yang sinonim dengan kebodohan mereka dengan statment lapuk - Malaysia adalah negara berbilang kaum. Padahal seperti yang dikatakan sebentar tadi, hukum hudud bukan terbahagi kepada kaum, tetapi ia hanya diperuntukkan kepada setiap individu yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak kira apa kaum sekalipun asalkan berugama Islam, hukum hudud itu terpakai seadanya.
Masyarakat negara ini mempunyai pelbagai anutan dan kepercayaan agama. Di sebalik perlaksanaan hukum hudud, peruntukkan perundangan untuk penganut agama lain tetap terpelihara. Jadi di manakah masalahnya dalam konteks persetujuan penganut ugama lain sekiranya hudud dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat?
Adalah sebab itu, UMNO tetap dianggap memperjuangkan hanya bangsa melayu, yang menjadikan masalah sosial yang kian teruk melanda negara sebagai masalah sekunder. Apa yang menjadi keutamaan pemerintah hari ini ialah, kemajuan demi kemajuan tanpa diselaraskan dengan keperluan rohani bagi mengatasi masalah sosial. Akhirnya, orang-orang melayu yang berugama Islam menjuarai pesta pembuangan bayi, menjadi penduduk majoriti di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik, dan juga menjadi pemenang dalam setiap perlumbaan haram yang dijadualkan setiap malam minggu. Inilah hasil ungkapan keramat 'hidup melayu' yang akhirnya 'hidup segan mati tak mahu' apabila terjebak dengan najis dadah.
Jadi siapakah di antara kita yang ingin menafikan bahawa hukum hudud adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah yang melanda umat Islam di negara ini ?
Mursyidul Am telah memberikan jawapan yang paling tepat dalam menangani masalah sosial yang dijuarai melayu Islam. Karpal Singh pula langsung tidak berkaitan untuk menolak hukum hudud, begitu juga dengan Lim Kit Siang. Melainkan Karpal dan Kit Siang berugama Islam, mereka berdua boleh bersepakat dengan kepimpinan UMNO untuk menjadi orang-orang Islam yang menentang hukum hudud.
Jika 50 tahun lamanya masa yang diberikan untuk memartabatkan agama Islam dengan perlaksanaan hukum hudud, tidak berjaya dilakukan oleh UMNO. Maka setiap umat Islam yang inginkan masa depan anak-anak mereka bercambah melalui didikan Islam dan membesar cara Islam sebenar, berikanlah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuka ruang transformasi ke jalan serta cara hidup yang diredhai Allah. Kita sayangkan anak-anak, kita sayangkan Islam, kita cintakan Rasulullah dan kita cintakan Allah, justeru kita wajar menyokong perjuangan menegakkan hukum Allah. Pastinya umat dan keturunan kita selamat.
Untuk bertindak adil dan saksama, hukum hudud hanya akan berkuat-kuasa setelah semua penganut agama lain memahami konteks-konteks dalam perlaksanaan hukum hudud. Perbincangan demi perlaksanaan bukanlah bermakna meminta persetujuan, ini kerana hudud itu satu arahan, bukan satu tawaran.
Mungkin setelah kefahaman terhadap hukum hudud ini diperkenalkan dengan sistem penerangan yang terbaik seperti melalui media perdana yang ketika itu dikuasai Pakatan Rakyat, melalui pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti, tidak mustahil ianya boleh dilaksanakan malah disokong oleh penganut agama lain kerana hebatnya Islam itu dan adilnya Islam itu, agama pencipta sekalian alam. Setiap dari kita harus percaya jalan Allah, nescaya itulah satu-satunya sumber kebangkitan Islam akhir zaman. Semoga nasib anak-anak kita selepas era kehidupan kita, lebih selamat dari segala kepincangan dunia yang telah kita lalui.
Persetankan Karpal Singh, persetankan Kit Siang. Mereka adalah berkecuali dalam peruntukkan hukum hudud dan mereka mempunyai peruntukkan undang-undang khas sebagai orang bukan Islam yang menyokong kerajaan Islam. Tidaklah saya pasti kiranya ada ahli UMNO yang inginkan peruntukkan berkecuali dari hukum hudud.
Akhir kata, saya sekali lagi memohon ampun sekiranya terdapat kesilapan maklumat di atas kejahilan saya dalam bidang agama. Harap diperbetulkan jika tersalah tafsiran kerana ini bicara agama, adalah amat penting untuk memastikan penyampaian di atas adalah benar.
Takbir !!!
Dari edyesdotcom
Sabtu, 8 Mei 2010
Ada Lesen Atau Tidak, Judi Haram Tetap Haram!
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.
Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.
"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.
Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.
"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.
Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.
"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.
"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.
Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.
"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya.
Oleh Dr Asri
Jumaat, 7 Mei 2010
Bawalah Politik ke Masjid
Bagaimana Mendirikan Siasah [berpolitik] di Masjid.Sebagai “ Rumah Allah ” , masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.
Pembinaan masjid di Quba’ , Wadi Ranuna’ [1] dan di Yathrib ( Madinatun Nabi ) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.
Ianya ( masjid ) tidak dibina semata – mata untuk mendirikan solat , tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah .
Masjid : Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah
Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :
“ Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .
Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .
Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .
Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .
Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid – masjid menjadi markaz – markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis . Berpangkalan di masjidlah , tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme .
Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat , maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka .
Alangkah beruntungnya , jika dalam keadaan seperti ini , lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran , bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah . Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw. , mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya .
Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh – tokoh dan melahirkan pejuang – pejuang , mengislahkan kefasadan , memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”
Rujuk : Seerah an Nabawiyyah : Durus wa I’bar
Oleh Dr. Musthafa Sibae’I . Muka surat 74 – 75
Cetakan ke 9 oleh al maktab al islami ( 1986 ) Dimasyq
Masjid Terbelenggu.
Realiti hari ini bertambah parah apabila melihat nasib masjid dan pengurusannya yang kian terabai . Lebih malang apabila wujudnya fenomena terancang untuk membelenggu masjid agar ia tidak berfungsi sebagai markaazul ummah .
Siapa lagi yang lebih bejad daripada mereka yang menghalang rumah Allah ( masjid ) agar tidak diimarahkan dengan ilmu dan zikrullah . Lebih parah apabila mereka “ sampai hati ” meruntuhkan rumah Allah yang pastinya dibina di atas tanah waqaf milik Allah swt. Firman Allah swt :
و من أظام ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه و سعى في خرابها أولئك من كان لهم أن يدخلوها إلا خآئفين لهم في الدنيا خزي و لهم في الأخرة عذاب عظيم
“ Siapa lagi yang terlebih zalim daripada orang yang menghalang masjid – masjid Allah bahawa disebut didalamnya namaNya dan berusaha merobohkannya ? Mereka tidak layak memasukinya kecuali dengan rasa takut ( kepada Allah ) . Bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat di akhirat .”
Surah al Baqarah . Ayat : 114
Terlalu banyak masjid dalam Negara kita hari ini hanya dijadikan tempat solat dan lebih melucukan bagaimana terdapat masjid yang hanya berfungsi sebagai tempat kunjungan pelancung selain daripada solat berjamaah yang sangat kecil kuantitinya berbanding saiz masjid tersebut.
Keghairahan mendirikan masjid yang tidak seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya meletakkan situasi ini sebagaimana yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah :
يُوشِكُ أنْ يأتيَ علَى النَّاسِ زَمانٌ لاَ يَبْقَى مِنَ اْلإسلامِ إلاَّ اسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ اْلقُرْآنِ إلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ اْلهُدَى عُلَمَاؤهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ اْلفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُ
رواه البيهقي
Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya . Masjid – masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah . Ulama’ mereka adalah sejahat – jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit . Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali .
Rujuk Kanzuul U’mal
M/surat 80, Juzuk 11
Cetakan Darul Kutub al I’lmiyyah Beirut
Pengalaman saya dikepung oleh polis yang lengkap bersama anjing , menyerbu masuk ke kawasan laman Masjid Peramu Kuantan sementara waktu itu saya sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul saw , cukup menggambarkan bagaimana masjid dibelenggu .
Perlantikan ahli jawatan kuasa masjid dikalangan mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid semata – mata tidak mahu masjid itu diimarahkan dengan majlis ilmu antara bukti bahawa pembelengguan masjid sangat ketara .
Menghantar SB [2] untuk memantau aktiviti masjid atau surau bukan sahaja menakut – nakutkan masyarakat untuk menghidupkan aktiviti masjid dan surau tetapi juga bermaksud untuk memberi tekanan kepada penceramah dan guru agama yang mengajar agar tidak menyentuh soal penyelewengan dan mungkar yang berlaku dalam Negara.
Sedang kelab – kelab malam dan pusat – pusat hiburan yang menjadi tempat subur untuk bercambahnya maksiat dan jenayah tidak dilayan sedemikian rupa .
Pekeliling yang pernah dihantar kepada surau dan masjid di Lembang Klang agar tidak mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan juga mempunyai maksud yang sama untuk mengekalkan pembelengguan tersebut.
Arahan agar khatib hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama meskipun khatib tersebut seorang yang diiktiraf ilmunya oleh universiti yang mu’taraf turut dilihat sebagai usaha menyempitkan fungsi surau dan masjid.
Sudahlah ruang dan peluang untuk bercakap Islam amat terhad , tiba – tiba masjid dan surau yang dianggap ruang yang paling kondusif untuk berbicara perkara agama turut dikekang , maka dimana lagi Islam ini boleh dijelaskan secara bebas dalam Negara ini ?
Pengurusan Masjid.
Selayaknya masjid diurus selia secara professional dan jujur bagi meletakkannya sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .
Sangat malang apabila masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah. Masing – masing melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya semua berlepas harap .
Sesetengahnya sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan , sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’ , kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan , sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara .
Kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid dan surau sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik . Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.
Imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi . Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim ? Bukan sahaja bermaksud supaya masjid tidak dipandang rendah oleh masyarakat umum, tetapi juga untuk mencari redha Ilahi .
Peranan dan Fungsi Masjid.
Selayaknya masjid diimarahkan . Sebagaimana tiada nilai masjid yang tidak diurus , begitulah tiada erti dan gunanya masjid yang diperbesar dan diperbanyakkan tetapi sepi tanpa aktiviti .
Masjid juga mestilah dilihat sebagai mesra remaja dan mesra ummah seluruhnya.
Masjid tidak sepatutnya menghadkan aktiviti kepada solat berjamaah semata – mata , demikian juga tazkirah dan kupasan ilmu yang hambar dan tidak membawa ahli jamaahnya wujud dalam cabaran zaman mereka yang sebenarnya.
Sebaliknya masjid mestilah aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masjid kepada mereka yang cuba menjauhkan dirinya daripada masjid. Malah aktiviti kemasyarakatan dan budaya mereka yang tidak bercanggah dengan Islam amatlah baik didekatkan kepada masjid .
Biarpun asalnya aktiviti itu bukan berbentuk ibadah namun apabila ia bertolak dari masjid dan surau , kita mengharapkan ia menjadi satu bentuk ibadah yang diredhai oleh Allah swt .
Tuisyen akademik juga boleh diadakan di masjid atau surau agar tidak sahaja ustaz dan pak lebai menguasai ruang legar masjid tersebut tetapi juga guru akademik dan murid – muridnya berhak ber“mesra” dengan masjid .
Saya berkeyakinan , jika semua pihak mengambil ruang dan bahagian mem“peranan”kan masjid seperti kaum ibu dengan aktiviti mereka , pelajar dengan aktiviti mereka dan ajk masjid dengan aktiviti mereka , masjid akan dilihat makmur , meriah , ceria dan menarik .
Pengalaman saya di Damsyik dan Tanta dapat melihat dari dekat bagaimana di sana terdapat masjid yang dilengkapi dengan maktabah ( perpustakaan ) untuk masyarakat merujuk pelbagai sumber ilmu dan Klinik yang beroperasi di masjid sepanjang hari dengan hanya ditutup pada waktu solat.
Keadaan itu tidak lagi meletakkan masjid dan surau sepi bersendirian dan akhirnya menjadi sasaran mat gian dan kaki lepak beroperasi dan mencuri . Malang ada masjid yang kehilangan besi keranda , tongkat khutbah dan set P.A system. Jawab mudahnya , kerana masjid tersebut sepi ditinggalkan oleh imam dan makmumnya.
Masjid sepatutnya tidak perlu berkunci dan berjaga , sudah cukup amalan iktikaf dan mengimarahkan masjid menjadikan masjid kawasan atau zon paling selamat dalam dunia .
Kalaupun keadaan memaksa demi memelihara barangan milik masjid daripada dicuri oleh penjenayah , maka saya syorkan agar sediakan kawasan berkunci untuk menyimpan barangan berharga milik masjid sementara ruang masjid terbuka untuk aktiviti umum mengabdikan diri kepada Allah swt.
Ataupun , sediakan ruangan khas yang tidak berkunci ( sebahagian dari masjid ) tersebut agar tidak menghalang aktiviti ummah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. terutama buat musafir lalu .
Pendekkata , sebagaimana pengurusan hotel ada kursus yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pengurusan maka saya kira pengurusan masjid juga min baabil aula [ terlebih layak ] patut diadakan kursus untuk tujuan meningkatkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah terhadap pengurusan masjid dan surau .
Berpolitik di Masjid.
Politik sebahagian daripada Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw malah perjuangan baginda saw diwarnai oleh gerakkerja politik sehingga tertegaknya Negara Islam pertama di Madinah al Munawwarah . Pengurusan , pentadbiran dan pemerintahan Nabi saw juga berpusat di Masjid an Nabawi .
Masjid an Nabawi turut menjadi tempat Nabi saw mengajar ilmu politik kepada ummah agar mereka kekal menjadi ummah yang bertanggungjawab memelihara dan mentadbir negeri atau negara berdasarkan agama yang telah diwahyukan oleh Allah swt . sehingga lahir sebuah negera yang aman , maju , sejahtera dan mendapat keampunan daripada Allah swt .
Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama .
Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama . Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli – ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka serta dosa dan pahala . Tentunya politikus duniawi ini akan rimas dan lemas apabila politik mereka diganggu oleh ulama’ atau imam yang mengingatkan tentang dosa pahala dalam berpolitik lantaran politik mereka adalah membujur lalu melintang patah , dihulur aku sapu yang hilang aku tak kisah. Segala elemen negatif seperti politik kebencian dan fitnah yang terbentuk dari aksi politik duniawi dan sekular sewajar dihapuskan kerana politik sedemikian tidak memberi keuntungan kepada ummah dan negara . Justeru itu , masjid bagaikan “washing machine” untuk membersihkan politik dari segala elemen negatif tersebut .
Bawalah politik masuk ke dalam masjid nescaya politik itu akan menjadi tenang , murni dan terhindar dari sebarang fitnah dan kebencian sesama ummah. Bukankah masjid adalah tempat suci yang dilarang keras pengunjung membuat bising tidak tentu pasal apalagi melemparkan fitnah dan menghasut masyarakat agar saling benci membenci kerana masjid adalah simbol perpaduan dan kasih sayang .
Bertolak dari masjidlah , politik ummat Islam harus digerakkan untuk memerangi kemungkaran politik, kebathilan politik , kemaksiatan politik , penyelewengan politik dan penyalahgunaan kuasa politik kerana segala macam kemungkaran , kemaksiatan dan kebathilan itu adalah dosa dan noda yang mesti disucikan sebelum mati bettemu Allah swt.
Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya.
Oleh Nasrudin Hassan at-Tantawi
__________________________________________________________
[1] Tempat mula – mula Nabi saw. mendirikan solat jumaat di Madinah .
( di Tengah – tengah Wadi Ranuna’ )
Rujuk : Sirah an Nabawiyyah Li Ibni Hisyam .
M/s 315 Juz. Pertama. Cetakan Dar Ibn Rejab . Mansourah
[2] Antara contohnya sebagaimana yang berlaku kepada Surau al Muhajirin Bandar Muadzam Shah. Kelihatan SB sering memantau aktiviti di surau berkenaan dan saya sendiri selaku salah seorang tenaga pengajar di surau tersebut pernah diadu ke Pejabat Agama kononnya saya mengajar ajaran salah
Jumaat, 30 April 2010
Sesiapa Tak Setuju Dengan Hukum Dan Syariat Allah Sila Keluar Dari Bumi Allah
setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?Oleh: Tok Janggut
Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?
Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud. Untuk Berita Penuh Klip Disini
Ahad, 28 Mac 2010
Kuasa politik dan kuasa agama
Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.
Begini...
Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?
Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.
Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'.
Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.
Orang Agama
Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.
Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?
Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka.
Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).
Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.
Perkongsian dan pertarungan kuasa
Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.
Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.
Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.
Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.
Islam Dan Pemerintah
Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.
Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.
Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya)
"Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).
Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).
Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation).
Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Islam dan ulama
Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.
Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman.
Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).
Pemerintah dan ulama
Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu.
Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).
Inilah Perbezaannya...
Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.
Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!
Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!
Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!
Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya..
Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...
Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam.
Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis.
