Aku dulu pun payah nak faham,semasa Dr. M terajang Anwar Ibrahim keluar dari umno dengan cara yang cukup mengaibkan, orang PAS yang mula sekali pergi jumpa Anwar Ibrahim adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, semua orang PAS marah dengan Ustaz Fadzil, selepas Ustaz Fadzil berhujah, baru semua orang sedar, orang kena zalim wajib kena tolong walaupun dia musuh kita
Semua kantoi dengan hujah Ustaz Fadzil. Ini yang dikatakan beza ulama' PAS dengan ulama' UMNO. Ulama' UMNO bukan tak tau, orang kena zalim wajib kena bantu, tapi ulama' UMNO pilih untuk berbisu, pasai takut sorru miss.
Ulama' UMNO sanggup memilih simpang ke neraka, dari menegak hukum Allah. Satu contoh yang ter baru, beza lagi UMNO dengan PAS, semasa Tok guru Nik Aziz berhujah dengan Karpal Singh tentang negara Islam, tak ada pun siapa ulama umno tampil menyokong Tok Guru.
Jamil Khir tokoh agama UMNO, pada masa itu lebih berminat bincang bagaimana nak penaik kos mengerjakan ibadat haji.
Ketua wanita UMNO bahagian Baling Dr. Mashitah Ibrahim, pernah mengeluar hukum, perempuan yang susah yang boleh mendatangkan mudharat dibolehkan melacur, tak ada seorang ulama' UMNO pun menyanggah kenyataan tersebut.
Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia pernah bermimpi ulama' UMNO menentang kezaliman. Diatas dasar Islam, serta contoh yang ditunjuk oleh Almarhum Ustaz Fadzil, semua rakyat perlu sedar dan kena bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO.
Rakyat tidak mampu menanggung bala dari Allah swt, akibat kezaliman yang dilakukan oleh UMNO. Anwar sekali lagi disabit dengan kes liwat. Rakyat tidak boleh mengharapkan kepada keadilan system perundangan yang ada di Malaysia.
Intitusi ulama dalam UMNO sudah lama jahanam, badan kehakiman hancur, bagaimana bekas ketua hakim Negara Tun Salleh Abas mendedahkan hakim 1Malaysia boleh dibeli. Betapa jijiknya. Hakim telah pun membuat keputusan Anwar kena bela diri walaupun fakta asas cukup meragukan.
Persoalannya,dengan segala keraguan yang dibuktikan, adakah hakim yan dilantik oleh UMNO berani membebaskan Anwar? Berkaitan kes liwat Anwar sekiranya ditanya, samada hakim memilih untuk menegak kebenaran atau memilih jalan menjunam ke gaung neraka jahanam, rakyat Malaysia sudah ada jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan