Pengikut

Sabtu, 5 Mei 2012

Skandal Scorpene: Perimekar Beli Kapal Selam Untuk Pelancongan?

Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak, Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!

Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas di Kuala Lumpur.

Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.
Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan negara itu dengan Malaysia.

Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel
di Kuala Lumpur.

Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.

Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama, tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya?

Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.

Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006. - Tukang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan