Pengikut

Sabtu, 5 Mei 2012

Polis tahan aktivis siswa kerana Facebook

Seorang aktivis mahasiswa ditahan polis ketika hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.

Khalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.

Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.

Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".

Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut.

-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan