Pengikut

Selasa, 1 Mei 2012

Saya sedia biaya, jika ada himpunan lagi - Tok Guru

"Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir," katanya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau sama sekali tidak berasa bersalah kerana membiayai beberapa penyokong untuk menghadiri perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di ibu negara, Sabtu lepas.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sendiri menggalakkan orang ramai menghadiri perhimpunan itu yang dianggap wajib dihadiri oleh rakyat bagi menunjuk perasaan terhadap sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka.
“Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir,” katanya kepada pemberita selepas berucap dan menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), dekat sini, hari ini.

Dua hari lepas Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakui beliau membiayai dengan wang peribadinya sendiri kepada beberapa penyokong PAS dari kawasannya yang menghadiri perhimpunan itu.

Ditanya sama ada beliau kesal dengan insiden kekecohan yang menyebabkan beberapa orang cedera dalam perhimpunan itu, Nik Aziz mendakwa ia berlaku kerana mereka disekat oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.

“Umpama air yang mencurah turun dari atas bukit ia akan merebak dan mengalir masuk kampung, kalau disekat….begitu juga dengan perhimpunan itu,” katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan