Pengikut

Rabu, 2 Mei 2012

Ismail Omar, Aziz Yusuf & Hishamuddin Perlu Letak Jawatan?

Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunan Bersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan 

Perkhidmatan Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.

Ismail Omar
Kita tahu perkataan itu (Polis Diraja) tidak bererti polis hanya perlu melindungi dan menjamin keselamatan Raja-Raja Melayu tetapi slogan itu adalah simbol kepada kerajaan dan rakyat. Raja adalah kerajaan, raja adalah rakyat. Justeru tugas dan tanggungjawab pasukan polis ialah menjaga keselamatan negara dan menjamin keselamatan bangsa tanpa mengira individu itu apa warna mereka, anutan agama dan fahaman siasahnya.


Tugas polis menjamin keselamatan dan tugas itu adalah aset dan integriti mereka. Kalau polis gagal apa lagi bersekongkol dengan kejahatan itu bukan polis DiRaja lagi, itu polis DiUmno?  Atau polis yang memakai uniform suci untuk menjadi jahat bagi memenuhi tembolok bodoh mereka.
Polis tidak boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatanmereka. 


Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi ‘barua’ kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana  individu politik hatta dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan jawatan perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan dua perkara berlainan.
 
Yang boleh polis jaga, kawal ialah perdana menteri, dan keseluruhan kerajaan. Hatta isteri perdana menteri dan anak-anaknya tidak berhak mendapat kawalan langsung polis.  Manakala individu rakyat berhak menerima perlindungan polis atas dasar dia warganegara dan atas dasar prinsip kemanusiaan yang dijunjung oleh polis.
 
Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi.  Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan ‘kooli” kepada kumpulan politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.
 
Ramli Yusuf
Peristiwa demi peristiwa yang membabitkan polis dan orang politik yang didedah sepanjang masa di negara ini menunjukkan hakikat ini. Polis tidak boleh menafikan akan berlakunya perkara ini. Sebab sejarah dan masa akan datang menceritakan segala-galanya. Saya tidak tahu sampai ke tahap mana Ketua Polis Negara, Ismail Omar) dan timbalannya dan lain-lain pangkat perlu menundukkan kepala kepada penguasa (politikus) yang memperalatkan mereka atau membayar mereka dengan pelbagai fasalitis termasuk menaikkan pangkat atau pun menawarkan jawatan kontrak selepas pencen.  Apakah sampai dahi mencecah ke bumi dan ekor bernajis melayang ke atas? Sampai ke situkah?



Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu politikus.
 
Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati ditembak dan mati dilanggar lori treler.
Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan.
 
Di Malaysia bukan saja orang politik lenyap rasa tanggungjawab (responsilibiti) kepada tugas dan amanah, polis juga... orang yang berada dalam pasukan yang kononnya tinggi tahap disiplinnya. Tagline perkhidmatannya Tepat dan Betul melambangkan integriti mereka. Soalnya sejauh manakah mereka menjaga dan mengawal integriti itu?  
 
Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis.


Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan mata kita juga boleh dibahukan kepada polis.


Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan dan kolaborasi polis dengan pihak tertentu. 


Di sini terus terang dengan agak keras saya katakan atas apa yang berlaku semalam ketegangan di hujung himpunan Bersih di mana jelas dan nyata polis bersubahat menyebabkan Ketua Polis Negara Aziz Omar perlu meletak jawatan. Beliau kena mengambil tanggungjawab dan tidak perlu berhelah seribu madah lagi dengan apa yang berlaku.
 
Beliau juga tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan pasukan. 


Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan. 

Jadi apabila tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan amanah seorang ketua.
Hishamuddin Hussein

Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan.


Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.


Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail. 


Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis. 


Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah 250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku.
 
Iya beliau adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia sebagai ahli Umno juga pasti dia mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan kedudukan sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian. Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.
 
Abdul Aziz Yusuf
Kalau Aziz ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah maruah beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil, telus dari segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin.

Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil tanggung jawatan dan maruah itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik.


Sekiranya mereka tetap diam membisu dan memakan wang rakyat setelah menganiaya rakyat dengan jawatan dan bidang kuasa mereka miliki, mereka akan dikecam dan disumpah sepanjang hayat. Mahukah mereka? Kalau mereka seorang berintegritri seperti bangsa Jepun, Korea hatta India, mereka akan melepaskan jawatan. Kalau mereka seorang beriman dengan agama (Islam) mereka juga kena melepasnya kerana agama tidak mengajar mereka bertindak begitu dan mereka perlu bertaubat.-MSO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan