Pengikut

Jumaat, 11 Mei 2012

Najib tak mampu buat salah... kah kah kah


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan dirinya bahan ketawa apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walaupun satu keputusan yang salah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Kasihan sungguh Najib, sehari sebelum Umno pimpinannya berhimpun besar-besaran menyambut ulang tahun ke-66, beliau sendiri yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan bahan persendaan umum apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walau satu pun keputusan yang salah.

"Bila dia kata begitu, orang terus teringat cara beliau mengendalikan perhimpunan Bersih, orang terus teringat kisah MAS dan Air Asia nak bergabung dan orang terus teringat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tidak perlu tengok jauh-jauh, semua itu berlaku tahun ini," katanya.

Dalam temubualnya Sinar FM dengannya semalam, Najib mendakwa, kalau beliau perlu membuat sepuluh keputusan, semuanya mesti betul.

Kalau sembilan keputusan betul dan hanya satu sahaja yang salah, kata Perdana Menteri, satu keputusan yang salah itu akan menjadi isu yang menyebabkan kepimpinannya dipersoallkan.

Mempertikaikan dakwaan Najib itu, Salahuddin berkata, cara kerajaan Najib mengendalikan perhimpunan Bersih membuktikan kejahilan Najib untuk bersikap demokratik terhadap keinginan dan tuntutan rakyat yang sah.

"Dalam menangani perhimpunan-perhimpunan aman itu, Najib dan kerajaan hanya tahu menggunakan keganasan dan kekejaman

"Dalam amalan demokrasi, itu adalah kesalahan yang sangat besar," kata Salahudin (gambar).

Dalam perlaksanaan SBPA pula, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, apabila mendapat tentangan hebat daripada kakitangan awam dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), dengan begitu panik dan terburu-buru Perdana Menteri terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu tersebut dan akhirnya skim itu dibatalkan.

"Siapa bersalah dalam hal  itu? Skim  itu tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Perdana Menteri.

"Najib luluskan dan kemudian batalkan, adakah itu bukan kesilapan?" Salahuddin mempersoalkan.

Najib, katanya lagi, tidak mungkin dapat menyembunyikan kesalahanya itu kerana rakyat tahu, skim tersebut sudah semestinya memerlukan kebenaran kabinet dan Perdana Menteri.

"Ramai yang mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidur ketika taklimat mengenai SBPA diberikan atau adakah beliau bodoh sangat sehingga tidak nampak kemelut yang akan tercetus jika skim itu dilaksanakan?" kata beliau.

Dalam isu penggabungan MAS dan Air Asia pula, Salahuddin yakin, sebelum penggabungan kedua-duanya dibuat, sudah semestinya Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional diberikan taklimat sebelum beliau memberikan kebenaran.

"Penggabungan itu tidak mungkin dapat dibuat tanpa kebenaran Perdana Menteri. Adakah bukan kesilapan apabila penggabungan itu dibatalkan selepas lapan bulan bergabung?" beliau mempersoallan.

Kisah penggabungan MAS dan Air Asia itu, katanya lagi, menyebabkanramai yang mempersoalkan adakah Perdana Menteri mampu memahami 'long term planning' dan 'long range planning'.

"Perdana Menteri juga dipersoalkan, adakah beliau tidak tahu apa-apa pun mengenai isu-isu berkaitan industri penerbangan sehinggakan semuanya diterima apabila dibawa kepada pengetahuannya dan apabila dah terantuk baru beliau sedar bahawa pergabungan ini tidak 'feasible'," kata Salahuddin.

Beliau mengingatkan Perdana Menteri tentang kata-kata bekas Presiden Amerika, Harry S Truman yang selalu berpesan kepada dirinya bahawa "the buck stops here" yang membawa pengertian apabila terdapat apa-apa kesilapan dan kelemahan dalam kerajaannya, sebagai ketua kerajaan, beliaulah yang bertanggung jawab sepenuhnya.

"Dalam isu keganasan terhadap perhimpunan Bersih, SBPA dan penggabungan MAS-Air Asia, 'the buck stops at Najib'. Najib yang bersalah!

"Persoalannya, adakah rakyat Malaysia dan negara yang tercinta ini patut menjadi mangsa kesilapan dan 'experiment exercise' Najib?" Salahuddin mempersoalkan. - Harakah

1 ulasan:

  1. Salam.

    Pastinya, Perdana Menteri Malaysia ini sudah pun ditabalkan sebagai seorang Amirul Mukminim oleh Segelintir Manusia Yang Pantas Pergerakannya. Tidakkah kalian tahu bahawa Tanggungjawab seorang Amirul Mukmunim kepada anak-anak yatim piatu (walaupun apa pun pegangan hidupnya) adalah amat besar? Harapan semoga Perdana Menteri Malaysia tersebut tidak akan mengabaikan keperluan seorang anak yatim piatu walaupun ia sendiri sedang mengalami kesulitan kerana itulah ia mahu/sanggup untuk dipertanggungjawabkan. Namun apakah layak manusia memberikan Gelaran Amirul Mukminim kepada seorang manusia yang ia sanjungi kononnya !????????????????!

    BalasPadam