Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada
Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada
rakyat.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini.
Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar.
Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat.
Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu.
Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya.
Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah.
Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara.
"Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan.
Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya.
Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah.
"Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu.
"Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau.
Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan?
"Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau. - Harakah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan