Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengharapkan kenyataannya disokong bekas Ketua Polis Negara (KPN) dan Jawatankuasa Majlis Fatwa membuktikan beliau gentar dengan perhimpunan Bersih 3.0.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, reaksi Najib itu dapat dipamerkan dengan kenyataannya yang sering berubah.
“Terdesaknya Perdana Menteri sehingga meminta tolong Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa dan meminta bekas tiga KPN menyokong hujah beliau mengatakan himpunan 28 April untuk menggulingkan kerajaan.
“Kenapa Najib gelabah sangat? Sebab 28 April memberi kita isyarat jelas. Hakikat 300,000 rakyat berhimpun melambangkan mereka bebas dari rasa takut ugutan Umno BN,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi.
Saifuddin berkata, ketakutan Najib bertambah parah sehingga mengheret individu yang bertanggungjawab merosakkan institusi polis.
“Cuba tengok rekod bekas ketiga-tiga KPN, siapa yang bercakap, Tun Haniff Omar yang tidak jumpa ayat yang mengharamkan judi dalam Quran.
“Siapa yang sokong Najib lagi, Rahim Noor, yang bertanggungjawab mengenai maruah, reputasi dan integriti pasukan polis dengan tragedi 28 September 1998, apabila Anwar Ibrahim yang mata diikat, tangan digari dan dibelasah separuh mati tanpa belas kasihan. Jangan kita lupa rekod hitam samseng Rahim Noor ini.
“Siapa lagi yang sokong kenyataan Najib, Musa Hassan, siapa yang tidak baca afidavit Ramli Yusof, bekas Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman. Ini bukan polis pacak buat laporan. Apa kata dia, bahawa yang bertanggungjawab melindungi tauke judi, pelacur, rumah kongsi gelap dan segala macam adalah Musa Hassan semasa jadi KPN.
“Sebab itu komen KPN yang mempertahankan hujah Najib kononnya himpunan kita untuk gulingkan kerajaan dengan cara kekerasan,” katanya.
Paku dulang paku serpih, mengata orang Najib yang lebih
Tambah Saifuddin, jika sesebuah parti bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, adalah menjadi amalan sama yang juga dipraktikkan kerajaan BN.
“Kita buktikan selama ini himpunan kita adalah himpunan aman, kalau berhimpun untuk gulingkan dan jatuhkan kerajaan adalah perkara biasa.
“Najib Jumaat lepas datang juga ke Kubang Kerian, di terminal makanan negara. Berita kata, 30,000, apa tujuan dia (Najib), dia mengajak rakyat Kelantan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) di Kelantan,” ujarnya.
Dilaporkan, gandingan ketiga-tiga bekas KPN – Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.
Rahim dilapor berkata, komplot untuk mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut, walau tidak diketahui Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Musa pula dipetik berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan sebenar.
Pandangan Musa itu juga disokong Haniff yang berkata,” kenyataan Perdana Menteri berasas kerana berdasarkan maklumat risikan polis.” - KeadilanDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan