
Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad kesal kerana media itu menjadi ‘pelaburan’ Umno untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap kegagalan pentadbiran mereka.
Beliau menyifatkan modus operandi itu digunakan bagi menganggu tumpuan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam memimpin jentera pilihan raya KEADILAN.
“Utusan DAN TV3 semakin tidak bermaruah apabila mengheret ibu Azmin bagi melaga-lagakan keharmonian keluarga mereka.
“AIC juga mempersoal tanggungjawab Utusan sebagai akhbar yang sanggup menggadaikan daya fikir anak muda dengan menyiar berita yang belum sahih.

Melalui kenyataan media, Saifuddin berkata, AIC memandang tinggi kepada keampuhan semangat dan iltizam politik Azmin meskipun diheret ke kancah politik fitnah dan lucah.
“Anak muda pasti memandang tinggi komitmen Azmin dan menghumban budaya fitnah serta lucah, sekaligus menguburkan Umno BN,” katanya. -KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan