Ahli Jawatankuasanya, Firdaus Ali (kiri, berbaju hijau) berkata Musa wajar memberi penjelasan, syarikat korporat yang dikatakan milik keluarganya itu berjaya mendapat projek mega milik kerajaan pusat tersebut secara tender terbuka atau rundingan langsung.
Tuntutan pemuda PAS itu selepas Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) pada Jumaat lepas meledak isu yang sama di PenangInsight.com, selepas melawat 'kawasan' Musa yang juga Pengerusi Umno Bahagian Bukit Mertajam.
"Projek ini di bahagiannya, Bukit Mertajam. Syarikat pemaju milik adik beradiknya dipercayai khalayak mendapat projek ini tanpa kita semua dengar proses iklan tender terbuka dilakukan sama ada oleh kementerian berwajib atau JKR di negeri ini sendiri.
"Kalau tender projek ini secara tertutup, ertinya tender ini lebih dekat dengan unsur-unsur kronisme, mungkin ada unsur penyelewangan dan mungkin ada unsur rasuah (jika) proses tender ini dilakukan secara rundingan langsung," ujarnya pada PenangInsight.com.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPP NPP) berkata, Musa (kanan) tidak perlu lagi berdalih mengenai projek mega yang kini berjaya dimiliki oleh pemaju Gold Bridge Engineering and Construction.
Ini kerana katanya, Musa serta pemimpin Umno lain sebelum ini dilhat begitu ghairah menuduh tender terbuka yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam penjualan tanah Bayan Mutiara kepada Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara telus.
"Penjualan tanah Bayan Mutiara sekurang-kurangnya dilakukan secara tender terbuka. Projek Jejantas Bukit Mertajam, bagaimana?" soal beliau.
Kontroversi isu Jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta mula diledakkan di PenangInsight.com apabila Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak membangkitkan persoalan Jejantas Bkt.Mertajam RM108 juta tender terbuka atau...
Sumber - PenangInsight
Tiada ulasan:
Catat Ulasan