Pengikut

Khamis, 12 April 2012

Semenjak jadi Menteri Wanita, Najib dah pakai rantai

Aduhai... semenjak jadi Menteri Wanita ni, sudah pandai pakai rantai. Mungkin ini wassatiyyah yang Umno perjuangkan... Yang pasti ni bukan ajaran Rasulullah

Gambar-gambar yang ada dibawah memang jelas menunjukkan Najib sememangnya memakai rantai..

Aku kurang pasti samada Najib ini memakai rantai emas atau perak biarpun kilauannya seperti emas hanya Najib sendiri dan Rosmah yang boleh jelaskan.





Mungkin Najib memakai rantai tersebut bagi menyesuaikan diri dengan jawatan Menteri Wanita yang dia pangku sekarang..

Atau mungkin juga Najib memakai "rantai kesihatan" berteknologi Nano dan Quantum Physic memang jadi trend bagi lelaki hari ini apatahlagi yang kaya raya demi menjaga kesihatan.

Pemakaian rantai yang bukan bertujuan untuk perhiasan diri tapi lebih kearah menjaga kesihatan (aku tak pasti pulak fatwa Ulamak untuk hal ini...sengaja malas nak research).

Kebanyakan hukum atau fatwa MENGHARAMKAN pemakaian perhiasan wanita oleh lelaki walaupun ada yang mengharuskan nya dari segi kesihatan.DENGAN SYARAT rantai atau gelang itu dibuktikan secara saintifik oleh saintis Islam sebagai berupaya menyembuh.

Tapi hingga kini tiada satu pun yang boleh dibuktikan sebagai berupaya mengubati atau menyembuh...jadi faham faham sendirilah…

Cuba tengok apa hukumnya lelaki memakai rantai ni..



Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhari]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan