Pengikut

Rabu, 21 Mac 2012

Parlimen Pmtg Pauh bukan lagi kerusi selamat buat Anwar, kata Ketua UMNO Pmtg Pauh

"Kali ini kita yakin Umno mampu merampas kembali kerusi Parlimen disini memandangkan Anwar Ibrahim bukanlah ahli Parlimen yang kerap turun padang mengambil tahu hal masyarakat.." kata Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Hmmm.. kurang pasti pula aku samada Datuk Jalil ni sedar atau berhalunisasi ketika memberikan ucapan nya itu..

Kalau dia sedar hakikat sebenar apa yang berlaku dalam UMNO Permatang Pauh sendiri pasti dia tak yakin untuk berkata macam tu..

Baca kenyataan beliau di bawah:-

Permatang Pauh bukan lagi kerusi selamat buat Anwar - Abdul Jalil Abdul Majid

Umno bahagian Permatang Pauh menyatakan keyakinan untuk menawan kembali kerusi Parlimen kawasan tersebut dari PKR pada Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata penduduk kini mula memberi reaksi postif terhadap program yang dianjurkan Umno berbanding empat tahun lepas.

"Kali ini kita yakin Umno mampu merampas kembali kerusi Parlimen disini memandangkan Anwar Ibrahim bukanlah ahli Parlimen yang kerap turun padang mengambil tahu hal masyarakat.."

"Rakyat perlukan seorang wakil rakyat yang mampu buat kerja untuk rakyat, bukannya wakil yang hanya tahu bercuti sana sini ke luar negara.."

Ketika ditanya mngenai reaksi masyarakat Permatang Pauh mengenai penerimaan mereka terhadap usaha Umno, Abdul Jalil menegaskan bahawa rakyat kini sudah mula buka mata terhadap situasi sebenar.

"Kita boleh lihat reaksi atau bahasa tubuh mereka mereka yang semakin positif terhadap aktiviti-aktiviti parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai Gelombang Biru PRU13, Ahad lalu.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari dahulu lagi. Pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu, Anwar mewakili PKR memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 15'671 undi mengatasi calon BN, Datuk Arif Shah.

UtaraNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan