Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dibuat setelah kecewa Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) menambah baik pilihan raya yang gagal menyelesaikan penipuan daftar pemilih.
“Kita masih melahirkan bantahan keras kerana SPR sampai sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih (diragui).
“Kita tidak akan benarkan SPR menjanjikan pilihanraya bersih tetapi pada masa sama memanipulasi senarai daftar pemilih. Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.
Sidang media turut disertai Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar berkata, tiada jaminan daripada SPR dan kerajaan untuk membersihkan senarai pengundi diragui sebelum pilihan raya umum ke 13.
“Nyata jawatankuasa ini hanya diberi ruang memanggil SPR kemudian ada ahli jawatankuasa yang kemukakan bukti, kemudian SPR betulkan.
Semalam PSC yang diketuai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili berkata jawatankuasa itu sudah 80 peratus selesai menghalusi cadangan penambahbaikan pilihan raya.
PSC dijangka memuktamadkan laporannya pada 2 April ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan