Pengikut

Jumaat, 2 Mac 2012

‘Gerakan 1000 Kamera’ lawan provokasi samseng Umno

Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen ‘Gerakan 1000 Kamera’ untuk menghadapi provokasi Umno, bermula pada majlis debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada hari rabu 29 feb 2012 lepas.Pautan

Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang, Amizudin Ahmat berkata, kempen ini dilancarkan supaya insiden dua wartawan Kwong Wah Jit Poh yang cedera diserang semasa Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang tidak berulang.

Menurut beliau, rakyat Malaysia yang menjunjung semangat demokrasi tulen sepatutnya hidup harmoni, walaupun berbeza fahaman politik.

“Jika ada samseng bertidak menyerang, kami menyeru rakyat untuk tidak menyerang balas, sebaliknya merakam setiap tindak tanduk liar mereka.

“Selepas itu, kita serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian pada pilihanraya akan datang,” kata Amizudin dalam satu kenyataan.

Siri serangan samseng Umno di program Pakatan Rakyat dan badan-badan lain dilihat semakin melampau, sehingga melibatkan kecederaan, namun tiada tindakan tegas diambil pihak polis.

Selain di Pulau Pinang, beberapa program anjuran Pakatan Rakyat turut menyaksikan kegasanan penyokong Umno.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar diacukan penumbuk oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Asrullah Affendi Abdullah di program ceramah di Gambang, Pahang.

Di Sembrong pula, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan kanan apabila cuba menghalang sekumpulan samseng Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.

Malah, kumpulan berkenaan turut menyerang kereta milik Datuk Seri Anwar Ibrahimnya menyebabkan cermin kenderaannya itu pecah dan bahagian keretanya kemek. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan