Pengikut

Ahad, 5 Februari 2012

Shahrizat nak bagi baju kurung merah putih pada Rafizi

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada “penghendap” dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.

Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

“Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.

“Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat.”

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan “bercelaru” oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan