Pengikut

Ahad, 5 Februari 2012

Najib dakwa laporan untuk jejaskan dirinya dan Rosmah yang mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula bersuara berkenaan berita terbaru yang melaporkan isterinya telah membeli 61 helai pakaian dari butik terkemuka di Sydney dengan nilai kira-kira RM323, 000.

"Ia adalah cerita liar yang ditokok tambah yang sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat terhadap pemimpin mereka," kata Najib di Twitter pada hari Rabu.

Najib dakwa laporan disasarkan untuknya

Pengkritik menuduh Rosmah Mansor, 60 tahun sebagai 'racun' bagi suaminya yang sedang berusaha daripada disingkirkan dari parti Umno.

Kerana tidak popular, Rosmah sering menjadi sasaran mudah akibat caranya yang agresif dan lantang. Walaupun berpendidikan tinggi dan kuat semangat, sikapnya yang sukakan gaya hidup yang bercitarasa tinggi dan mahal telah menjadi kelemahannya. Najib yang banyak memberi kuasa membuat keputusan kepada Rosmah, khususnya dalam tawaran perniagaan yang besar, telah juga mencipta lebih banyak musuh dikalangan tokoh-tokoh korporat yang mengadu dalam diam akan caranya yang keterlaluan.

"Saya telah berulang kali mengingatkan Najib. Sudah tiba masanya Najib mengawal beliau. Dia mesti mengajarnya supaya dia sedar. Dia mengecewakan rakyat dan ini mengakibatkan Najib menanggung semua cemuhan dan menjadi sasaran. Tetapi akhirnya, Malaysia juga akan mendapat nama buruk. Sekarang tahukah anda bahawa orang sedang mencari Imelda Rosmah, dan mereka kata dia dari Malaysia. Apakah ini baik atau buruk? Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR, berkata kepada Malaysia Chronicle.

Pengkhianat dari Umno

Pemimpin PKR menolak komen Najib yang mendakwa dirinya menjadi sasaran pembangkang, dia sebenarnya boleh merujuk kepada orang-orang Umno juga.

Walaupun Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ketua Pembangkang sudah semakin popular , namun bahaya yang lebih besar kepada Najib terletak dalam Umno itu sendiri, di mana timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dipercayai akan berkomplot untuk menjatuhkan beliau.

Spekulasi hangat mengatakan bahawa Mahathir akan bekerjasama dengan Muhyiddin atau sepupu Najib sendiri Hishammuddin Tun Hussein untuk merebut jawatan presiden Umno daripada Najib. Mahathir berminat untuk anaknya Mukhriz untuk mengambil alih daripada salah seorang daripada orang-orang ini selepas mereka telah menghabiskan tempoh di pejabat.

Mengikut konvensyen, Presiden Umno adalah Perdana Menteri kerana ia adalah parti terbesar dalam Barisan Nasional untuk memerintah. Walau bagaimanapun, ini hanya boleh digunakan jika BN memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"Daripada apa yang kita tahu ini jelas telah dibocorkan daripada seseorang yang sangat arif akan jadual peribadi Rosmah. Ia mungkin seseorang dalam Umno," naib presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Siapa berbohong; Rosmah, pereka atau wartawan?

Skandal terbaru meletus pada bulan lepas apabila seorang penulis fesyen Australia membongkar cerita tentang percutian membeli-belah Rosmah. Pereka pakaian empunya butik dimana Rosmah telah membeli-belah, kemudian mengeluarkan penjelasan yang nampaknya tidak seperti menafikan cerita itu.

Carl Kapp hanya menegaskan yang beliau tidak pernah menyebut jumlah AUD100, 000 atau RM323, 000 tetapi tidak pernah menafikan yang Rosmah membelanjakan amaun yang sedemikian di butiknya. Beliau juga mengesahkan ada pembelian tetapi hanya menafikan yang beliau akan datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil pesanan khas tidak lama lagi.

Panas setelah keluarnya penjelasan itu, wartawan fesyen Australia Patty Huntington mendedahkan secara terperinci dalam beberapa e-mel blognya antara dirinya dan Kapp, dalam usaha untuk mempertahankan kebenaran artikel asal beliau yang mencetuskan berita sensasi itu.

Ini menyebabkan rakyat Malaysia sekali lagi tertanya-tanya jika Rosmah telah cuba untuk menutup perkara itu dengan memujuk Kapp untuk memujuk Patty.

Rosmah yang merupakan bekas pegawai bank, tidak pernah sunyi dari kontroversi. Dia telah menafikan membuat pembelian ke atas cincin berlian yang bernilai USD 24 juta, namun sehingga sekarang, maklumat yang didapati dari Jabatan Kastam dan Eksais masih kabur dan ramai di kalangan rakyat Malaysia percaya akan spekulasi itu.

Pentadbiran suaminya merupakan yang paling lemah sejak kemerdekaan Malaysia. Ia termasuk sentimen perkauman dan ketaksuban agama yang paling tinggi dalam usaha memancing undi, amalan rasuah berleluasa dikalangan Najib dan rakan-rakan parti yang tergesa-gesa merebut kekayaan negara sebelum PRu ke-13 sebelum parti mereka disingkirkan daripada kuasa – buat pertama kalinya sejak 1957. -Malaysia Chronicle


Tiada ulasan:

Catat Ulasan