Shahrizat yang semakin hilang kewarasan itu mula menunjukkan taringnya terhadap Rafizi Ramli, Pengarah Stategik PKR tetapi tidak berani membidas senior-senior beliau dalam parti, begitu juga timbalam beliau dalam Umno yang mahukan beliau berundur sebelum beliau memusnahkan parti.
“Ia satu komen yang agak murahan dan saya faham beliau semestinya merasa tertekan sekarang. Tetapi kita haruslah bersikap professional. Jika beliau dan keluarga beliau tidak bersalah, beliau seharusnya menyambut baik peluang untuk membuktikan mereka tidak bersalah,” beritahu Rafizi kepada Malaysia Chronicle.
Apabila tertekan, Shahrizat menjadi tidak waras dan kasar
Setelah secara terang-terangan diberitahu oleh bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz untuk pergi sahaja dan tinggalkan Umno dan sebelum itu oleh Mahathir untuk berundur sebelum dihalau serta sehari yang lalu timbalan beliau membuat kenyataan agar beliau jangan membebankan Umno – Shahrizat kelihatan gagah menunjukkan wajah yang selamba.
Dengan melupakan maruah beliau, beliau telah mengutarakan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan kurang ajar. Beliau menyalahkan Rafizi kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan dalam skandal RM250 juta NFC untuk projek ternakan lembu.
Shahrizat yang juga menteri Wanita memanggil Rafizi pondan kerana sangat memberi perhatian terhadap skandal NFC dan juga menawarkan baju kurung merah putihnya kepada Rafizi.
“Dia akan kelihatan cantik dalam baju kurung merah putih saya kerana dia seorang pondan. Nanti wanita Umno akan kirimkan baju tersebut kepada ‘stalker’ saya,” Malaysia Insider melaporkan Shahrizat sebagai berkata.
“Sebab saya rasa dia ni bercita-cita jadi ketua Wanita Umno, mungkin dia memang mahu jadi pemimpin tetapi parti beliau tidak begitu ramai ahli. Wanita Umno ada 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasakan kekuatannya.”
Bila dengan Rafidah dan Dr M, jadi penakut pula..
Sebelum ini, beliau telah menunjukkan sifat penakut beliau dalam berhadapan dengan orang dalam Umno sendiri. Beliau tidak berani menjawap komen Rafidah yang terang-terangan menyuruh beliau berambus dari Umno sebelum merosakkan parti itu.
“Saya tidak mahu menyerang orang yang lebih tua daripada saya. Ibu bapa saya mengajar saya untuk jangan bersikap kurang ajar dengan orang lain apa lagi orang yang lebih tua daripada saya, jadi, ada baiknya saya tutup mulut sahaja,” ujar Shahrizat.
Wanita Malaysia adalah lebih baik daripada itu
Menurut pengkritik, daripada cara beliau menyerang Rafizi, Shahrizat tidaklah sebaik yang beliau canangkan. Bermuka-muka dan menipu diri sendiri adalah sebab kepada kenyataan biadapnya terhadap Rafizi.
Tidak hairanlah Shahrizat menghina Rafizi dengan mempersoalkan kemaskulinan beliau tetapi pada masa yang sama menhancurkan sifat femininnya – yang semestinya adalah tonggak kepada kelembutan dan maruah beliau sebagai seorang wanita.
“Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, PKR tidak akan tertekan dengan serangan peribadi demi membongkar salahlaku Shahrizat dan keluarganya. Sebaliknya, kita akan menjadi lebih fokus dalam memastikan agar tuduhan kami ini berasas dan sukar untuk beliau dan keluarga beliau melepaskan diri daripadanya. Ini bukan balas dendam. Tiada siapa yang kisah sangat pasal Shahrizat dan keluarganya tetapi semua orang berminat mengetahui di mana perginya RM250 juta itu,” beritahu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle.
“Sebagai pemimpin wanita, saya berasa amat malu dengan komen Shahrizat. Bukan sahaja ia tidak sepatutnya dan biadap, ia juga memalukan kaum wanita. Wanita harus bermaruah dan bertenang dalam menghadapi saat-saat getir dalam hidup mereka. Wanita adalah asas kepada sebuah keluarga dan negara. Tetapi Shahrizat sudah menjadi seperti Ummi Hafilda, yang cakap apa sahaja mereka mahu dengan tidak menghiraukan sekiranya ia seperti cakap-cakap orang gila. I saya rasa mungkin beliau sudah terlalu tertekan dan mungkin ada baiknya beliau ambil nasihat bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat tetapi juga senior beliau dalam Umno- berundur dengan penuh maruah sebelum beliau dihalau keluar. Juga jangan terus memalukan wanita di Malaysia dengan komen-komen bodoh beliau. Wanita di Malaysia adalah lebih tinggi maruah daripada itu.” - Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan