Pengikut

Jumaat, 6 Januari 2012

Polis beri kebenaran perhimpunan 901

Setelah polis berbincang dengan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, Shamsul Iskandar Ketua Amk, Ketua Wanita Zuraidah, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Naib Presiden Surendran, akhirnya persetujuan dicapai, polis benarkan diadakan perhimpunan di kawasan tapak letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta dengan syarat tiada baner atau poster yang tertulis "BEBASKAN ANWAR"

Ayuh rakyat yang cintakan keadilan, pastikan anda berada di sana..

Biarkan dr hassan ali terjun dengan labu perkasamnya..persetankan katak ibrahim ali dan katak zul noordin serta senatak raja sesumpah ezam terjun dengan labu perkasamnya..

Syabas kepada 5 pimpinan Keadilan yang berjaya berunding dengan pihak polis..terimakasih polis yang sudi memberi kerjasama..

Polis benarkan himpunan 901 di mahkamah

KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.

“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas mengadakan perbicangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai untuk menjayakan perhimpunan pada 9 Januari itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.

“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.

Menurut Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.

Satu sidang tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.00 petang ini. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan