Pengikut

Rabu, 16 November 2011

Video Seks: Kami tiada pilihan melainkan lawan - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) mendalangi siasatan terbaru ke atas beliau berhubung isu Datuk T mempertontonkan video seks Mac lalu sambil mendakwa pesaing politiknya mahu menghidupkan misteri si lelaki dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan sedemikian, sebaliknya akan melawan dakwaan-dakwaan yang dibawa ke atas dirinya.

“Ini yang mereka lakukan. Insya-Allah, kami tiada pilihan tetapi akan terus melawan, lawan mereka dalam pilihan raya.

“Mereka gementar untuk berhadapan dengan kita dan jadi, ini taktik kotor dan jahat yang mereka gunakan,” katanya lagi.

Anwar bercakap kepada pemberita di pekarangan balai polis Kepong.

Beliau diminta memberi kenyataan ekoran laporan polis bahawa telah memberi maklumat palsu berhubung siasatan awal ke atas kes rakaman video seks yang dipertontonkan oleh Datuk T.

Anwar tiba di balai polis Kepong kira-kira pukul 3.15 petang dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Anwar dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadapnya.

Akhir Mac lalu, Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dan dalam laporan itu, Anwar menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan