Pengikut

Rabu, 23 November 2011

Ketua PAC 'bosan' dengan siasatan awal ke atas NFC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) "bosan" dengan kes-kes salah guna dana awam yang berterusan di negara ini, kata pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid.

Azmi berkata demikian selepas PAC hari ini menyoal siasat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

"Sistem pengurusan perlu disemak semula, walaupun kementerian itu bercakap benar, rakyat juga sudah bosan, mereka tidak mahu lagi dengar (penjelasan itu)," katanya.

Ahli parlimen, Padang Besar yang kecewa itu juga, berkata perkara seumpama itu menjadikan pentadbiran kerajaan BN kelihatan buruk.

Katanya, PAC akan memanggil pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan ketua setiausaha negara bagi mencari jalan untuk merombak sistem itu bagi memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemah. -Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan