Pengikut

Rabu, 2 November 2011

Ilham Ahli Akademik "Road to Putrajaya"

Nampaknya Universiti Malaya yang terkenal dek "tradisi mencabar" sejak era 1960-an seakan kembali menjadi pemangkin pada rancangan membawa lebih 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya.

Forum di universiti berkenaan semalam menyaksikan ahli akademik yang hadir lantang memprotes pergantungan tugas Professor Abdul Aziz Bari, pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum ini hatta menganggap Dunia akademik Malaysia lahirkan 'Pak Turut'.

"Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa kerajaan akan mendengar suara kami," kata Denison Jayasooria di Malaysiakini.

Menurut felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, ilham itu berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007.

Denison berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang diluahkan oleh Isham Pawan Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berkata hanya 60 daripada 2,000 kakitangan akademik universiti, itu telah menandatangani kenyataan akhbar sebagai sokongan kepada Abdul Aziz.

"Jika kita berjumpa rektor dengan hanya 60 nama, ini amat memalukan," kata Isham yang merupakan seorang profesor madya.

Beliau juga membidas Majlis Profesor Negara yang dikatakan bertanggungjawap berhubung keadaan hari ini.

"Kita mungkin boleh dapatkan beberapa profesor dalam majlis itu untuk menyokong kebebasan akademik yang lebih tinggi supaya kita boleh memalukan majlis itu (kerana tidak membuat pendirian mengenai isu tersebut)," katanya.

Felo kanan penyelidikan Universiti Malaya, Muhammad Ikmal Mohd Said pula mencadangkan penubuhan sebuah Dewan, seperti yang ditubuhkan oleh ahli-ahli akademik di kampus universiti itu pada 1985 sebagai tindak balas berhubung pemecatan dan penurunan pangkat dua rakan sekerja mereka.

"Tiap-tiap persatuan akademik perlu menggerakkan, contohnya, menubuhkan sebuah Dewan bagi menunjukkan kuasa ahli akademik mengenai isu ini. Semacam satu demonstrasi," kata Ikmal tetapi bimbang hanya segelintir akan hadir. -PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan